KES DERA BUDAK HINGGA BAWA MAUT
Shanmugam: Perlu galak orang ramai tampil lapor kes dera
Jul 09, 2016 | 05:30 AM
MENTERI Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam menyifatkan kes seorang wanita dan teman lelakinya mendera anak wanita tersebut yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematiannya sebagai sesuatu yang "menyayat hati".
Menurutnya terdapat keperluan bagi melihat sama ada rangka kerja undang-undang semasa adalah "mencukupi" untuk kes penderaan kanak-kanak serupa.