Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

Shanmugam persoal NCMP Leong tumpu pada Ceca saja

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



Berikut sedutan bahas hampir dua jam antara Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dengan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripda Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, di pembukaan Usul mengenai Menjamin Pekerjaan dan Sara Hidup Warga serta Dasar Bakat Asing di Parlimen semalam.




TENTANG SEBAB PERJANJIAN

KERJASAMA EKONOMI

MENYELURUH (Ceca)

DIKETENGAH:



Encik Shanmugam: Saya sedikit keliru. Soalan saya mudah saja. Jika anda lihat pada usul yang saya bacakan, ia mengetengahkan Ceca. Saya hanya cuba ingin memahami sama ada Ceca mempunyai tempat istimewa dalam perasaan dan fikiran Encik Leong, atau apakah ia dianggap sama seperti FTA lain? Dan jika ia sama seperti FTA lain, mengapakah Ceca mendapat sebutan khas?



Encik Leong: Tumpuan bahas hari ini adalah mengenai kesan dasar bakat asing kita ke atas pekerjaan dan mata pencarian. Oleh itu, kita memberi tumpuan pada semua pemegang pas kerja, bukan hanya satu kerakyatan tertentu.



Speaker Parlimen: Encik Leong, bolehkah anda menjawab soalan menteri kerana ia soalan mudah. Jika ia mengenai FTA secara umum, mengapakah Ceca diketengahkan khususnya seperti itu?



Encik Leong: Ini kerana terdapat data yang kami mahu mengetahui lanjut tentang Ceca.



Speaker Parlimen: Tetapi anda juga mahu tahu lebih banyak data tentang FTA lain daripada apa yang anda secara tidak langsung sebutkan sebelum ini bukan?



Encik Leong: Ya.



Speaker Parlimen: Oleh itu, mengapa tiada sebutan mengenai FTA lain?



Encik Leong: Namun, dalam usul kami, kami katakan FTA dan Ceca. FTA ada dalam usul ini.



Encik Shanmugam: Saya rasa Encik Leong tidak tahu usulnya sendiri. Ia menyatakan "dalam beberapa FTA seperti Ceca". Oleh itu, ada beberapa FTA yang tidak menjadi keprihatinan bagi beliau, dan terdapat beberapa FTA yang menjadi keprihatinan untuk beliau. Ini usul anda sendiri Encik Leong.



Beritahu kami apakah maksudnya dan mengapa Ceca?



Encik Leong: Ya, saya katakan "beberapa FTA seperti Ceca". Ini adalah FTA, termasuk Ceca…



Encik Shanmugam: Yang mana satu? Tuan, jika saya boleh bertanya, yang mana satu?



Encik Leong: Ini termasuk FTA Australia, FTA China, FTA Amerika, misalnya.



Encik Shanmugam: Tuan, boleh saya bertanya menerusi anda, apakah aspek FTA China, FTA Amerika, FTA Australia yang mengganggu Encik Leong, seperti Ceca?



Encik Leong: Okay, bagi FTA Australia, FTA Australia juga mengandungi klausa yang membolehkan ICT membawa masuk tanggungan. Bagi FTA China, kami melihat pada FTA China untuk membandingkannya dengan FTA Ceca kerana kedua-dua negara mempunyai saiz penduduk yang amat besar.



Bagi FTA Amerika, kami telah menerima maklum balas daripada penduduk tentang mengapa rakyat Amerika dibenarkan membeli hartanah di Singapura tanpa membayar Cukai Setem Tambahan bagi Pembeli (ABSD). Beberapa FTA ini, seperti saya katakan, kami perlu melihatnya berdasarkan kes.



Encik Shanmugam: Tuan, pemahaman saya oleh itu adalah Encik Leong sama prihatin tentang FTA Amerika, FTA China, FTA Australia dan Ceca, dan bahawa Ceca tidak secara khususnya diketengahkan. Boleh saya dapatkan pengesahan sebelum saya teruskan?



Encik Leong: Itu benar menteri.



TENTANG KENYATAAN ENCIK LEONG BERKAITAN Ceca:



Encik Shanmugam: Terima kasih... Sekarang, saya bertanya, Tuan, menerusi anda, adakah Encik Leong menerima bahawa kenyataan beliau mengenai Ceca, kenyataan beliau dan partinya, yang telah ditafsirkan oleh beberapa anggota PSP sebagai bersifat perkauman mungkin juga ditafsir oleh rakyat Singapura sebagai bersifat perkauman juga?



Encik Leong: Alasan saya menyatakan pendirian kami pada awal ucapan saya dengan tepat menjangkakan apa yang menteri akan bertanya mengenai perkara ini. Ceca sebuah perjanjian perdagangan ekonomi yang kami mahukan lebih banyak maklumat.



Ini kerana persepsinya adalah terdapat sesetengah syarat mengenai Pergerakan Warga Negara Asal yang tidak memberi manfaat kepada Singapura. Oleh itu, kami mahukan lebih banyak maklumat…



Encik Shanmugam: Maaf, Tuan. Mengikut peraturan, itu tiada kena-mengena dengan apa yang saya tanyakan.



Encik Leong: Okay. Jika begitu, maaf menteri, boleh anda ulang soalannya?



Encik Shanmugam: Beberapa anggota parti Encik Leong mentafsirkan kenyataannya sebagai bersifat perkauman dan saya tukil "anda menyasar masyarakat India, dan ini benar-benar bersifat perkauman".



Soalan saya ialah jika anggota partinya sendiri berfikiran seperti itu, mungkinkah rakyat Singapura lain mengambil pandangan serupa?



Encik Leong: Tuan, bagi perbincangan mengenai mana-mana topik, ada orang berpandangan berlainan.



Namun, Ceca sebuah perjanjian ekonomi dan itu satu keprihatinan ramai rakyat Singapura. Oleh itu, kami meminta lebih banyak maklumat.



Encik Shanmugam: Itu bukan soalan saya Tuan.



Encik Leong: Maaf menteri. Saya ingin menteri ulang soalan itu lagi.



Encik Shanmugam: Encik Leong, bukankah ada akal bahawa anggota PSP tersebut bukan satu-satunya individu yang berpendapat kenyataan anda bersifat perkauman.



Jika mereka boleh berfikiran seperti itu, anggota parti anda sendiri, rakyat Singapura yang lain juga dengan munasabah boleh berfikiran bahawa kenyataan anda bersifat perkauman juga. Ia satu perkara mudah.



Encik Leong: Okay, sebenarnya tadi, jawapan saya akan sampai ke perkara itu. Tetapi ia tidak bermakna seseorang yang menuduh seseorang yang cuba mengetahui lanjut dan cuba berbincang tentang perjanjian ekonomi dan berpendapat individu itu bersifat perkuman perlu menghentikan seluruh perbincangan.



Encik Shanmugam: Kita tidak bercakap tentang menghentikan (perbincangan). Malah, kita sedang ada perbahasan panjang, kita akan berada di sini lama, dan ia akan menjadi lebih lama jika kita tidak mendapat jawapan.



Oleh itu, tiada sesiapa yang menutup mulut sesiapa. Hanya kesimpulan yang logik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >