BAHAS BELANJAWAN 2016: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI
Shanmugam: Polis giat usaha merekrut, kekal pegawai baik
Penggunaan alat perisikan dan penyiasatan akan diperluas
Apr 07, 2016 | 05:30 AM
PASUKAN Polis Singapura (SPF) akan meningkatkan skim perkhidmatannya bagi menarik golongan muda menyertai pasukan itu dan mengekalkan pegawai yang baik, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, di Parlimen semalam.
Ia akan turut melaksanakan struktur pangkat seragam - satu peralihan daripada skim berbeza bagi pegawai rendah dan pegawai kanan sekarang - selain memberi "peluang lancar untuk kenaikan pangkat" kepada pemegang diploma yang baik.