Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shanmugam rai atlit para yang akan bertanding di Jakarta

Oct 01, 2018 | 06:43 PM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah memberi kata-kata perangsang kepada semua atlit yang akan bertanding di Sukan Para Asia (APG) di Jakarta, Indonesia.



Sukan Para Asia itu akan diadakan mulai Sabtu ini (6 Oktober) hingga 13 Oktober ini.



Di dalam video yang dimuat naik di Facebook peribadinya, Encik Shanmugam telah mengucapkan yang terbaik buat semua atlit para.



“Seluruh Singapura menyokong anda,” tambahnya.



Di permulaan video tersebut, Encik Shanmugam turut menyelitkan video di mana beliau sempat beramah mesra dengan atlit-atlit Singapura.



Sewaktu lawatannya itu, Encik Shanmugam bersama-sama Majlis Sukan Golongan Kurang Upaya Singapura (SDSC) telah memberi sokongan kepada para atlit.



Di dalam pos yang dimuat naik di laman Facebooknya pada 13 September, Encik Shanmugam berkata beliau berbesar hati melihat semangat mereka.



Lawatan beliau itu telah memberi motivasi kepada atlit para yang akan berentap di APG.



Menurut pos Facebook SDSC, mereka tersentuh kerana Encik Shanmugam dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan atlit walaupun jadual kerjanya yang sibuk.



“Kami amat berterima kasih kerana beliau memberi keutamaan untuk bersalaman dengan setiap atlit yang hadir sewaktu taklimat sebelum mereka berangkat. Beliau juga memberi mereka sokongan,” kata SDSC.



44 atlit Singapura akan bersaing dalam 10 jenis sukan sewaktu Sukan Para Asia (APG).



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, turut berkongsi video di laman Facebook beliau, di mana turut mengucapkan yang terbaik buat semua atlit yang ‘sudah berlatih dengan gigih’.



Encik Lee turut menukil pencapaian yang diraih atlit Sukan Asia sebelum ini untuk memberi motivasi kepada atlit para.



“Kami sudah melihat rakan alit anda yang lain bergiat dalam Sukan Asia bulan lalu.



“Mereka berjuang dengan gigih dan membawa balik 22 pingat, memecah rekod kebangsaan, dan kini pula masanya kami memberi sokongan kepada anda dan melihat pencapaian anda,” ujarnya dalam video yang dimuat naik ke Facebook SDSC pada 23 September lalu.



Pasukan atlit para akan diketuai oleh Encik Ali Daud.



Encik Ali pula berkata beliau optimistik dengan kelakonan atlit di Indonesia.



“Saya yakin atlit kami akan pamerkan persembahan lebih baik berbanding APG sebelum ini di Korea.



“Kontinjen kali ini amat bersedia berhadapan dengan negara-negara dalam rantau ini dan akan membanggakan negara,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >