Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: RRG terus main peranan penting lindungi masyarakat

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



Encik Shanmugam turut menarik perhatian bahawa kumpulan pengganas mahir menggunakan media sosial untuk menyebarkan propaganda, menjalankan perekrutan dan merancang operasi pengganasan.



"Ini menimbulkan cabaran kerana kami melihat anak muda terpedaya. Tarikan radikalisasi menerusi wadah dalam talian amat tinggi," ujarnya.



Encik Shanmugam berkata demikian semasa berucap di seminar bertema 20 Tahun Kemudian: Berbakti Dengan Hati (20 Years On: Serving with a Heart) anjuran RRG dan ACG di auditorium Masjid Khadijah semalam.



Seminar itu bertujuan merenung sumbangan RRG dan ACG serta cabaran yang mereka hadapi untuk menyesuaikan diri dengan landskap yang berubah-ubah sepanjang dua dekad lalu, sempena ulang tahun ke-20 operasi ISD terhadap anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah di Singapura pada 2001.



Selepas ISD mengesan rangkaian JI Singapura buat kali pertama, pemimpin RRG dan ACG tampil menyokong usaha pemulihan dan penyepaduan semula tahanan.



Sejak 2002, tindakan telah diambil ke atas lebih 130 warga Singapura bagi kegiatan berkaitan pengganasan.



Kini, hanya 15 orang terus ditahan manakala 26 lagi berada di bawah penyeliaan.



"Ini hasil usaha sama RRG dan ACG serta ramai daripada anda di sini (relawan) yang telah menyumbang masa dan sumber untuk membimbing dan memberi kaunseling kepada tahanan, individu di bawah penyeliaan serta keluarga mereka," ujar Encik Shanmugam.



Beliau memberi contoh bagaimana seorang anak muda, Daniel (bukan nama sebenar), telah mencapai kemajuan kukuh dalam proses pemulihannya dengan bimbingan rakan kerja masyarakat sepanjang dua tahun lalu.



Daniel, yang berusia 17 tahun ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari 2020, telah menyokong ISIS dan merupakan tahanan termuda ketika itu.



"Proses pemulihan Daniel dan tahanan lain menunjukkan bagaimana kerja keras dan dedikasi relawan boleh meninggalkan kesan pada kehidupan mereka.



"Ia juga menekankan pendekatan berbilang pihak berkepentingan yang kita ambil.



"Kita cuba membina sebuah ekosistem penjagaan dan penyeliaan bagi tahanan dan keluarganya untuk membantu dengan penyepaduan semula dan kita tidak mahu mereka kembali ke jalan radikalisasi itu.



"Saya tidak rasa ada negara lain menjalankan begitu banyak usaha bagi setiap tahanan," ujar Encik Shanmugam sambil menambah, semua orang mempunyai peranan dalam usaha memerangi pengganasan.



Di acara semalam, beliau turut menyampaikan sijil kepujian kepada relawan RRG dan ACG.



Sekitar 20 orang menerima sijil mereka daripada Encik Shanmugam manakala bakinya diiktiraf secara dalam maya dan mereka akan menerima sijil mereka kemudian.



Acara tersebut turut dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, serta pemimpin dan anggota RRG dan ACG.



Semasa berucap di acara itu, Naib Pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata model kerjasama antara pemerintah dengan masyarakat Singapura menunjukkan bahawa usaha memerangi pengganasan boleh dipertingkat dengan prinsip rasa yakin dan sinergi.



"Ini termasuk melihat ancaman pengganasan sebagai isu nasional, menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan... menangani isu yang melibatkan keyakinan sebagai asas misalnya apabila elemen sekular perlu dicampur dengan isu agama yang sensitif, serta berusaha memenangi hati tahanan dan anggota keluarga mereka dengan menangani keperluan psikologi dan fizikal mereka," ujarnya.



Ustaz Dr Mohamed turut menambah bahawa usaha pembangunan semula Masjid Khadijah serta Pusat Sumber dan Kaunseling (RRC) RRG dijangka bermula awal tahun ini dan dijadual siap menjelang hujung tahun.




“Kita cuba membina sebuah ekosistem penjagaan dan penyeliaan bagi tahanan dan keluarganya untuk membantu dengan penyepaduan semula dan kita tidak mahu mereka kembali ke jalan radikalisasi itu. Saya tidak rasa ada negara lain menjalankan begitu banyak usaha bagi setiap tahanan.”
– Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >