Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Sambutan amat baik terhadap pelonggaran peraturan muzik Thaipusam

Jan 22, 2019 | 05:30 AM



SAMBUTAN orang ramai kepada pelonggaran peraturan muzik bagi Thaipusam amat baik, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



Beliau berkata demikian selepas menghadiri satu sambutan Thaipusam semalam dan bertemu dengan beberapa relawan Home Team.



Encik Shanmugam turut bercakap dengan beberapa penganut Hindu dan mereka yang menyertai perarakan tersebut.



Menyusuli maklum balas daripada masyarakat Hindu, pihak berkuasa telah melonggarkan peraturan berkaitan Thaipusam, sejak muzik dibenarkan pada 2012 menerusi sistem penyiaran di beberapa tapak sepanjang laluan perarakan.



Tahun ini, ada 35 tapak sedemikian, 12 lagi lebih banyak berbanding tahun lalu, dengan muzik dibenarkan dari 7 pagi, sejam lebih awal daripada tahun lalu, sehingga 10.30 malam.



Selain itu, alat genderang termasuk dram tradisional India seperti thavil, dhol dan khol juga boleh digunakan semasa acara tahunan Thaipusam tahun ini.



"Kami telah mengambil beberapa langkah.



"Ini memerlukan keseimbangan antara memastikan orang ramai mendapat pengalaman rohani yang baik, pengalaman mengangkat kavadi yang baik dan pada masa yang sama, turut mengambil kira beberapa aspek undang-undang dan ketenteraman," kata Encik Shanmugam.



Tambahnya, kementeriannya kerap berbincang dengan Lembaga Endowmen Hindu (HEB) dan pihak lain.



Apabila ditanya sama ada sesi dialog akan diadakan selepas Thaipusam tahun ini, Encik Shanmugam berkata maklum balas harus diberi kepada HEB dan selepas itu, mereka akan memutuskan apa yang diperlukan.



Dalam pada itu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, turut hadir menyaksikan perayaan tersebut.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Cik Fu turut mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada semua penganut Hindu.



"Walaupun ini bukan kali pertama saya menghadiri sambutan Thaipusam, setiap kali saya mengikutinya merupakan pengalaman yang membuka mata saya untuk menyaksikan masyarakat bersatu bagi menyambut perayaan ini," ujarnya.



Memuat naik beberapa gambar di laman Facebook beliau, Cik Fu berkata beliau telah menyertai beberapa penganut Hindu di penghujung perarakan menuju ke Kuil Sri Srinivasa Perumal di Serangoon Road.



Lebih 12,000 penganut Hindu dianggarkan telah menyertai perarakan tersebut yang berlangsung dari tengah malam hingga 7 malam tadi, katanya.



Sepanjang perjalanan mereka itu, orang ramai turut memberi sokongan moral kepada pembawa kavadi dengan memberi kata galakan.



Selain itu, Cik Fu juga sempat beramah mesra dengan satu keluarga Hindu yang telah berkongsi pengalaman mereka dengannya.



"Perayaan seperti ini (Thaipusam) membentuk sebahagian warisan budaya kita yang tidak ketara dan adalah penting bagi identiti kita sebagai sebuah masyarakat berbilang budaya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >