Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam sanjung bakti pegawai polis wanita

Menteri papar timbalan ketua Pasukan Respons Kecemasan Divisyen Ang Mo Kio sebagai contoh
Jan 08, 2021 | 05:30 AM



HASRAT menegakkan keadilan dan melindungi mereka yang tidak berdaya membela diri sendiri mendorong Staf Sarjan Kanan Wanita (W/SSS) Hazwani Rafie menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) sekitar sedekad lalu.



Oleh itu, saat beliau diterima menyertai Pasukan Respons Kecemasan (ERT) dua tahun lalu antara kenangan terindah dalam kerjayanya.



Pasukan itu ditubuhkan bagi, antara lain, memberi respons cepat terhadap ancaman pengganasan.



"Apabila saya lulus (ujian kelayakan) dan dihantar ke pasukan ini, ia adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya.



"Ini kerana pegawai lelaki dan wanita tidak dibeza-bezakan dalam pasukan ini dan semua pegawai dituntut melakukan tugasan dengan standard sama," ujar W/SSS Hazwani, yang kini Timbalan Ketua Pasukan di Polis Divisyen Ang Mo Kio.



Tuntutan kerja berat bermakna beliau harus sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan fizikal baik, kata W/SSS Hazwani.



"Peralatan kami agak berat. Maka, saya harus melakukan senaman untuk menjaga kesihatan dan daya ketahanan fizikal saya," ujarnya.



Kelmarin, Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam menampilkan kisah SSS Hazwani di media sosial dan berkata pegawai polis wanita seperti beliau memainkan peranan penting dalam menjadikan Singapura antara negara paling selamat di dunia.



Menurut Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang, W/SSS Hazwani telah meraih banyak kejayaan sebagai pegawai polis, termasuk mendapat anugerah emas bagi setiap ujian kecergasan jasmani sejak menyertai SPF dan menjadi pengendali wanita pertama di Divisyen Ang Mo Kio.



Bersikap rendah hati semasa diwawancara media semalam, W/SSS Hazwani berkata beliau sekadar ingin memberi inspirasi kepada pegawai lain, terutama yang lebih muda agar mereka berani menyahut cabaran baru.



Beliau berkata sokongan keluarga penting kerana tugasnya ada kala mengehad waktu bersama keluarga.



"Bagi saya, sokongan keluarga sangat penting dan saya bersyukur mereka memahami kerjaya saya," ujar W/SSS Hazwani, yang belum berumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >