Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Shanmugam: Sebarang video serang kaum tidak boleh diterima

Jul 31, 2019 | 05:30 AM

SEBUAH video rapoleh seorang pelawak "yang menyerang kaum" adalah perbuatan yang telah melanggar batasan dan tidak boleh diterima, tegas Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Video tersebut dikatakan menghina orang Cina Singapura, menggunakan kekata kesat ke atas mereka, dan menunjukkan isyarat lucah, bagi membuat pihak minoriti marah dengan orang Cina Singapura, kata Encik Shanmugam.

Video rap berkenaan memaparkan pasangan adik-beradik, Preeti Nair dan saudara lelakinya, Subhas Nair.

Ia dihasilkan sebagai respons kepada sebuah iklan berkontroversi yang memaparkan pelakon Dennis Chew, yang melakonkan stereotaip kaum yang berbeza di Singapura.

"Apabila anda gunakan kata-kata kesat, bahasa lucah, serang bangsa lain, lalu keluarkannya secara terbuka, kami perlu bataskannya dan menyatakan bahawa ia tidak boleh diterima," kata Encik Shanmugam kepada media semalam.

Berita Popular

Beliau menambah Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah meminta laman Facebook agar menarik video tersebut sambil menambah beliau telah meminta pihak polis supaya menyiasat perkara itu.

Video selama dua minit 50 saat itu telah dikeluarkan daripada Facebook dan platform media sosial lain, petang semalam.

Sebelum ini sebuah iklan epaysg.com telah mengundang kontroversi apabila pelakon Mediacorp, Dennis Chew, dipaparkan melakonkan watak stereotaip kaum termasuk seorang wanita bertudung dan lelaki berkulit gelap.

Syarikat Mediacorp, menerusi anak syarikat pengurusan selebritinya, kemudian memohon maaf di atas iklan kontroversi itu dan laman epaysg.com juga telah menarik balik iklan berkenaan.

Semalam, Encik Shanmugam berkata penerbitan video tersebut sebagai respons kepada iklan berkontroversi itu tidak boleh dipertahankan.

"Sekiranya ada sesuatu yang anda tidak suka, maka anda mohon maaf.

"Sekiranya anda fikir ia satu jenayah, anda patut buat laporan polis, tapi usah anda sendiri langgar batasannya," katanya.

Beliau berkata orang ramai akan bertanya mengapa pemerintah memandang serius hal ini - bahawa satu video tidak akan menyebabkan keganasan, dan orang ramai hanya akan tertawakannya.

Ia mungkin begitu, tapi jika satu video rap ini dibenarkan, maka ratusan lain perlu dibenarkan juga, kata Encik Shanmugam.

"Apa yang anda fikir akan berlaku kepada keharmonian kaum di sini? Fabrik sosial? Bagaimanakah orang ramai akan pandang satu sama lain?" katanya.

"Dan sekiranya anda benarkan video ini? Katakanlah seorang berbangsa Cina hasilkan sebuah video menyerang masyarakat India, Melayu gunakan kekata kesat, isyarat lucah... dan katakanlah terdapat ratusan atau ribuan video sedemikian.

"Bagaimana agaknya masyarakat India dan Melayu akan rasa," tambahnya.

Menurut Encik Shanmugam, terdapat sebab mengapa Singapura berbeza, mengapa wujudnya keharmonian kaum di sini, dan mengapa semua kaum dan minoriti berasa selamat.

"Dan kita perlu kekalkannya, dan kami akan kekalkannya," tambahnya.

Mengenai iklan epaysg.com, Encik Shanmugam berkata beliau telah meminta peguam meninjaunya, dan mereka berpendapat bahawa penerbitan iklan tersebut bukan satu kesalahan.

LAPORAN LANJUT: Zaqy: Jangan singgung perasaan antara kaum, harus lebih peka

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map