Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Setiap pelajar boleh main peranan tentang fahaman ekstrem

Aug 11, 2018 | 03:00 PM



PELAJAR boleh memain peranan aktif menentang fahaman keagamaan ekstrem, berlatar jumlah lebih ramai warga Singapura yang ditangkap atas kesalahan itu, kebanyakannya selepas menjadi radikal sendiri di dalam talian.



Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri Encik K. Shanmugam berkata demikian semasa berucap kepada 300 pelajar dari tiga kolej Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di forum khas tentang bahaya fahaman ekstrem.



“Anda semua boleh melihat diri anda sebagai askar, yang berjuang demi agama anda, membantu berkongsi kepercayaan yang sebenarnya, dan membantu rakan dan negara anda,” kata Encik Shanmugam.



Beliau menggesa peserta forum untuk berjuang menentang fahaman ekstrem di dalam talian dengan belajar tentang agama secara aktif dari sumber yang mapan, secara permulaan, dan seterusnya, mengajar rakan dan keluarga tentang mesej positif Islam: jalinan hubungan sejagat, persahabatan, dan bekerja dan hidup bersama dengan satu semangat.



Dalam tempoh 3½ tahun dari 2015 hingga masa ini, 20 orang ditangkap, sementara 11 orang ditangkap antara 2007 dengan 2014.



Menurut akhbar The Straits Times, jumlah meningkat ini disebabkan kebangkitan kumpulan militan Isis sejak 2014.



Encik Shanmugam berkata:



“Keadaan kini adalah terkawal, tetapi tiada sesiapa, saya atau anda, boleh berkata kita telah menang dalam perjuangan menentang radikalisme. Kita perlu sentiasa waspada… dan perlu berjuang.”



 Encik Shanmugam berkata demikian di forum berjudul ‘Dangers of Extremism in the Cyber World: Building Resilience in Youth’ atau ‘Bahaya Fahaman Ekstrem dalam Dunia Siber: Membina Budaya Bingkas dalam Belia’.



Forum ini, yang diadakan di Kolej Pusat ITE di Ang Mo Kio, ialah acara tahunan yang dianjurkan oleh Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACD) - kumpulan jagaan sukarela yang dibentuk berbilang badan pemerintah dan pertubuhan bantu diri.



Ia merangkumi isu radikalisme dan disasarkan kepada berbilang kumpuan orang muda setiap tahun.



Forum itu turut dihadiri wakil dari syarikat media sosial gergasi Facebook dan badan kebajikan Touch Cyber Wellness yang membincangkan topik seperti mengenal pasti berita palsu dan peranan yang dimainkan media sosial dalam menyebar fahaman ekstrem.



Pertubuhan itu juga menyertai dialog tertutup dengan Encik Shanmugam dan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan) Encik Amrin Amin tentang keadaan keselamatan di Singapura.



Dalam taklimat pembukaannya, Encik Shanmugam menyentuh tentang risiko pengganasan di rantau ini.



“Kita belum mengalami serangan di Singapura bukan kerana pengganas tidak ingin berbuat demikian, tetapi kerana adalah sukar untuk mereka berbuat demikian,” kata Encik Shanmugam.



 “Anda tidak bimbangkan tentang pengebom bunuh diri, bukan kerana mereka enggan ke sini, tetapi setakat ini, Pemerintah, awam dan angkatan keselamatan telah bekerjasama untuk mencegah mereka,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >