Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR RRG KE-16

Shanmugam: S'pura amal dasar sekular, jamin kebebasan bersuara

Namun pemerintah akan campur tangan bagi pastikan penganut agama berbeza terlindung dari ancaman, serangan
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



MESKIPUN Singapura mengambil pendekatan negara sekular dan untuk menjamin kebebasan beragama, ia tetap akan campur tangan untuk memastikan penganut agama berbeza terlindung daripada sebarang ancaman atau serangan.



Kebebasan bersuara wujud di Singapura, namun hak tersebut hilang sebaik sahaja berlakunya penghinaan terhadap mana-mana agama.



Menekankan demikian dalam ucapannya di seminar Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K. Shanmugam menambah pendekatan Singapura berbeza dengan negara sekular lain seperti Perancis.



Cara Singapura mencapai matlamat kebebasan beragama berlainan dengan konsep pemerintahan 'Laicite' di Perancis di mana pemerintah tidak boleh bercampur tangan dalam hal berkaitan agama.



"Singapura mengambil pendekatan sekular, dan apabila pemerintah mempertimbangkan dasar, ia tidak menyebelahi mana-mana agama. Ia juga menjamin kebebasan beragama, untuk itu proses kami sekular.



"Perancis juga menjamin kebebasan beragama tapi cara kita capai (sasaran yang sama) berbeza, kerana mereka menggunakan pendekatan 'hands-off' (tidak campur tangan).



"Singapura akan campur tangan (dalam hal ini), kerana pegangan kami adalah kebebasan untuk bersuara harus disertakan dengan tindakan yang bertanggungjawab," katanya.



Tambahnya, kebebasan bersuara di Perancis merangkumi hak untuk mengeluarkan bahan-bahan yang menghina agama lain.



Disebabkan pegangan 'Laicite' itu, pemerintah tidak akan bercampur tangan dalam hal-hal agama, meskipun berlakunya penghinaan terhadap mana-mana agama.



"Untuk itu, mereka (pemerintah Perancis) tidak dapat menyatukan masyarakat menggunakan satu pandangan yang sama dan menjamin kebebasan beragama pada masa yang sama," katanya.



Walaupun isu agama merupakan tanggungjawab pemimpin agama, pemerintah sesebuah negara mempunyai sumber yang dapat membantu usaha tersebut.



Encik Shanmugam menambah pemerintah Singapura akan bekerjasama dengan kumpulan dan institusi agama berbeza demi menyatukan semua atas perspektif yang sama.



Tanpa campur tangan pemerintah, majalah seperti Charlie Hebdo akan mengambil kesempatan menggunakan 'kebebasan bersuara' untuk menyiarkan kartun dan artikel yang mengandungi penghinaan, katanya.



"(Hak) kebebasan bersuara untuk kita terhenti sebaik berlakunya penghinaan terhadap agama. Ini merupakan 'pagar' yang melindungi sensitiviti agama.



"Kita boleh membina masyarakat dengan bangsa dan agama yang berbeza berdasarkan kepercayaan dan ini dapat diperolehi dengan mengambil pendirian tegas terhadap kata-kata yang berbaur kebencian dan berinteraksi dengan semua masyarakat secara seimbang dan adil," katanya.




"Singapura mengambil pendekatan sekular, dan apabila pemerintah mempertimbangkan dasar, ia tidak menyebelahi mana-mana agama. Ia juga menjamin kebebasan beragama, untuk itu proses kami sekular. Perancis juga menjamin kebebasan beragama tapi cara kita capai (sasaran yang sama) berbeza, kerana mereka menggunakan pendekatan 'hands-off' (tidak campur tangan). Singapura akan campur tangan (dalam hal ini), kerana pegangan kami adalah kebebasan untuk bersuara harus disertakan dengan tindakan yang bertanggungjawab."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K. Shanmugam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >