MENGENAL pasti kelebihan inisiatif China, One Belt, One Road, Singapura aktif menyokong dan meraih manfaat daripadanya, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K Shanmugam.
Menyifatkan initiatif China itu sebagai 'projek prasarana paling bercita-cita tinggi dalam sejarah', Encik Shanmugam berkata perangkaan menunjukkan Singapura sudah pun meraih manfaat besar daripada inisiatif tersebut.