Subuh
5:46
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Shanmugam: Tan Cheng Bock 'cantum, susun semula' hujah saya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Usul Penangguhan berkenaan Pilihan Raya Presiden Khas

Shanmugam: Tan Cheng Bock 'cantum, susun semula' hujah saya

Oct 08, 2017 | 11:11 PM

Menteri Undang-undang K Shanmugam berkata pada Ahad (8 Oktober) bahawa bekas calon presiden Dr Tan Cheng Bock telah 'mencantum' dan 'menyusun semula' hujahnya supaya mencadangkan sesuatu yang tidak dikatakan beliau.

Perkara yang menjadi isu adalah sama ada Encik Shanmugam telah berkata Pemerintah akan menerbitkan nasihat yang diberikan Pejabat Peguam Negara (AGC)  kepada Pemerintah berkenaan isu perundangan tentang pilihan raya presiden khas.

Menulis di Facebook pada malam Sabtu (7 Oktober), Dr Tan berkata Encik Shanmugam telah  mengutarakan hujah yang bercanggah di sidang Parlimen pada Selasa (2 Oktober) semasa menjawab usul penangguhan yang diutarakan oleh Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja Sylvia Lim.

Di sidang Parlimen itu, Encik Shanmugam telah berkata bahawa Pemerintah selalunya, secara umum tidak menerbitkan pendapat perundangan yang diterimanya.

Namun Dr Tan berkata Encik Shanmuga pernah berkata bahawa Pemerintah akan menerbitkan kepada awam nasihat AGC semasa bercakap di dialog awam tentang jawatan presiden dipilih pada 2016.

Mengulas tentang perkara ini di Facebook pada Ahad (8 Oktober), Encik Shanmugam berkata Dr Tan telah 'mencantum hujah saya, menyusunnya semula, dan mengaturnya dalam cara tertentu supaya ia mencadangkan sesuatu yang tidak saya katakan'.

Tambah Encik Shanmugam, dakwaan Dr Tan bahawa beliau berkelakukan tidak konsisten di Parlimen adalah tidak benar.

Memberikan pautan kepada laporan penyiar berita Channel News Asia yang menerbitkan sepenuhnya hujah  beliau dari dialog pada 2016 itu, Encik Shanmugam berkata beliau telah ditanya  tentang bila pilihan raya khas akan dipanggil.

Menjawab, Encik Shanmugam berkata ia adalah keputusan dasar untuk dibuat Pemerintah, dan ini akan dinyatakan dalam Rang Undang-Undang untuk meminda undang-undang berkaitan dengan jawatan presiden dipilih.

Beliau juga berkata bahawa ada soalan perundangan yang perlu diajukan Pemerintah kepada AGC, dan Pemerintah akan memutuskan tentang cara menghitung lima penggal yang diperlukan untuk mencetus pilihan raya khas, selepas mendapat nasihat AGC.

Tambah Encik Shanmugam, Pemerintah akan mengamil kedudukan tertentu tentang cara menghitung penggal apabila Rang Undang-undang dibentangkan di Parlimen.

Semasa menjawab, Encik Shanmugam berkata:

"Sebaik sahaja kami mendapat nasihat, kami akan mengeluarkannya. Tentu sekali, apabila Rang Undang-undang dibentang di Parlimen, iaitu pada Oktober, saya rasa kami akan mengambil kedudukan tertentu dan akan menjadikannya terbuka kepada awam."

Menukil hujah ini di Facebook, Dr Tan berkata Encik Shanmugam telah berkata bahawa Pemerintah akan menjadikan nasihat AGC terbuka kepada awam.

Namun, Encik Shanmugam berkata:

"Jelas, saya sedang merujuk kepada hal menjadikan kedudukan Pemerintah terbuka kepada awam (dan bukan nasihat AGC). Soalannya adalah bila 'circuit breaker' akan berkuatkuasa. Jawapan saya adalah kami akan menjelaskan kedudukan yang diambil selepas kami meleraikan beberapa perkara dan sekurang-kurangnya, akan menjelaskan kedudukan yang diambil kami ini apabila Rang Undang-undang dibentangkan di Parlimen."

Encik Shanmugam berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah bercakap dengan jelas tentang kedudukan yang diambil Pemerintah berkenaan kaedah menghitung penggal apabila Parlimen memperbahaskan pindaan Perlembagaan.

"Beliau berkata kami akan mula menghitung dari penggal kedua Presiden Wee Kim Wee," kata Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam juga berkata keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan - berkenaan cabaran perundangan yang dikemukan Dr Tang tentang 'timing' atau pemasaan pilihan raya khas itu diadakan - telah menunjukkan dengan ketara bahawa PM Lee menyatakan kedudukan yang diambil Pemerintah dengan jelas.

Pemasaan pilihan raya khas diadakan dibincangkan di Parlimen pada Selasa, semasa usul penangguhan yang difail oleh Cik Lim, yang mewakili GRC Aljunied.

Menurut Cik Lim, pemimpin politik telah memberikan gambaran kurang tepat kepada warga Singapura, bahawa AGC telah menasihatkan Pemerintah supaya mengadakan pilihan raya presiden khas bagi calon Melayu.

Menjawab, Encik Shanmugam berkata Pemerintah 'sentiasa jelas' dan pemasaan bagi pilihan raya khas adalah perkara dasar yang ditentukan Parlimen.

Dalam pos Facebook sama, Dr Tan turut bersikap kritikal ke atas PM Lee, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing.

Kata Dr Tan, mereka yang sepatutnya menjawab hujah Cik Lim, dan bukan Encik Shanmugam.

"Saya lihat PM Lee, DPM Teo dan Menteri Chan duduk secara senyap di belakang Menteri Shanmugam semasa perbahasan ini. Seseorang akan menjangka PM, DPM atau Menteri Chan untuk membela diri sendiri dan memperjelas kata-kata mereka. Sesungguhnya, mereka adalah pemimpin tertinggi dalam pemerintah, kata Dr Tan yang menambah bahawa Cik Lim telah merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh tiga tokoh ini dalam usulnya.

Berkenaan perkara ini, Encik Shanmugam berkata beliau menjawab hujah Cik Lim bagi pihak Pemerintah.

Tambahnya:  "Dr Tan mungkin  berasa marah dan kecewa. Tapi ini bukan alasan untuk melibatkan diri dalam kepura-puraan yang ditambah-tambah ini."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3