Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam temui Muhyiddin, bincang isu dadah dan kawalan sempadan

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menemui Menteri Ehwal Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu lawatan rasmi ke Kuala Lumpur kelmarin.



Dalam pertemuan itu, dua menteri berkenaan mengesahkan hubungan rapat antara mereka, dan telah membincangkan beberapa isu.



Menyifatkan Encik Muhyiddin sebagai seorang 'kawan lama', Encik Shanmugam berkata:



"Saya gembira melihat Tan Sri dalam keadaan sihat dan penuh bertenaga."



Dalam kiriman di laman Facebooknya, Encik Shanmugam turut memerhatikan kededua kementerian mereka telah menikmati hubungan kerja yang rapat.



"Agensi penguatkuasa undang-undang kami juga bekerjasama dengan baik. "Kami mengesahkan hubungan ini dan bersetuju peri pentingnya untuk terus berhubung," ujarnya.



Encik Shanmugam berkata mereka turut membincangkan perkembangan dalam bidang penguatkuasaan dadah dan hukuman mati mandatori, serta imigresen dan kawalan sempadan.



Beliau juga mengundang Encik Muhyiddin untuk mengadakan lawatan rasmi ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >