Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Tiada ruang pendakwah asing sebar ajaran tidak toleran di sini

Jan 09, 2018 | 05:30 AM



JIKA pendakwah agama asing mempunyai pandangan yang tidak wajar atau tidak dapat diterima, maka Singapura tidak mempunyai kepentingan nasional untuk memberi mereka ruang bagi menyebarkan ajaran mereka, atau membantu mereka menambah bilangan pengikut, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam.



Pemerintah, katanya, mempunyai pendirian jelas mengenai dakwah yang mempunyai unsur tidak toleran dan ia tidak membenarkan sebarang ajaran yang memecahbelahkan penduduk mengikut garisan agama.



"Kami juga perlu jelas bahawa kemasukan warga asing ke Singapura bukan (diberikan secara) automatik atau suatu hak. Ia satu keistimewaan. Ia hanya diberikan jika kami menilai kehadiran mereka tidak menjejas kepentingan Singapura," katanya.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Encik Muhammad Faisal Manap (GRC Aljunied) dan Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen semalam, berhubung isu pendakwah asing yang dilarang masuk ke negara ini.



Encik Shanmugam menjelaskan bahawa warga asing yang mahu menyampaikan ceramah di Singapura berkaitan agama, bangsa atau politik perlu mendapatkan Pas Pekerjaan Pelbagai (Miscellaneous Work Pass) daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan setiap permohonan dinilai berdasarkan meritnya sendiri, melalui proses perundingan dengan agensi lain.



"Daripada perspektif keselamatan, salah satu prinsip ialah warga asing tidak seharusnya mempunyai contoh awal memberikan ajaran atau dakwah radikal.



"Sebagai contoh, jika dia telah menganjurkan keganasan atau menggalak perbuatan memecah belah, ajaran yang tidak toleran kepada masyarakat berbilang kaum dan agama kita, dia tidak akan dibenarkan," ujar Encik Shanmugam.



Beliau menerangkan bahawa tidak kira sama ada komen terdahulu yang dibuat pendakwah itu ada hubungan dengan Singapura, atau sama ada mereka berhasrat menyentuh isu-isu tersebut apabila mereka memberi ceramah di sini.



"Jika mereka mempunyai pandangan sedemikian yang tidak wajar atau tidak boleh diterima dalam konteks kita, maka bukan dalam kepentingan nasional Singapura bagi kita memberi mereka ruang di Singapura, sama ada menyebarkan ajaran mereka atau membina bilangan pengikut mereka," tegasnya.



Beliau juga memberikan respons tentang pertanyaan Encik Zaqy mengenai keberkesanan melarang kemasukan pendakwah asing memandangkan terdapat akses luas daripada platform digital.



Memberikan respons Encik Shanmugam berkata:



"Terdapat batasan jelas sejauh mana kita boleh menghalang akses kepada kandungan tersebut, khususnya melalui Internet tetapi ini tidak bermakna kita harus memudahkan warga asing menyebarkan pandangan mereka secara langsung dan secara peribadi kepada rakyat Singapura, dan membina pengikut di sini, dengan membenarkan mereka masuk ke Singapura dan memberi mereka platform fizikal."



Memberikan respons kepada pertanyaan susulan Encik Faisal mengenai sama ada pemerintah menemurahmah pendakwah asing yang dilarang dan membenarkan mereka membuat rayuan, Encik Shanmugam berkata pendirian pemerintah adalah jelas dan lazimnya tindakan yang perlu diambil adalah jelas.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >