Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Tindakan undang-undang wajar tangani campur tangan asing di dalam talian

Sep 25, 2019 | 11:44 AM



Undang-undang baru untuk menangani campur tangan asing dalam ehwal negara menerusi dalam talian dijangka diperkenalkan di Singapura. 



Menteri Undang-undang K. Shanmugam, pada Rabu (25 September) berkata adalah 'wajar' bagi Singapura memperuntuk tindak balas undang-undang bagi menangani masalah sebegitu, yang disifatkannya sebagai mengancam kedaulatan dan keselamatan negara. 



Kata beliau, walau campur tangan asing bukan perkara baru, ia telah berubah wajah dan lebih berleluasa dalam era Internet. 



Sektor privet, termasuk syarikat media sosial seperti Facebook, telah menunjukkan bahawa ia kurang mampu menangani masalah campur tangan asing dan sebuah negara tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sektor privet untuk mengekang masalah itu, kata Encik Shanmugam. 



Beliau berkata demikian dalam ucapannya bagi membuka tirai Persidangan mengenai Taktik dan Pencegahan Campur Tangan Asing di Hotel Park Royal di Beach Road. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >