Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: 'Toleransi sifar' terhadap ucapan kebencian

May 24, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mengambil pendekatan 'toleransi sifar' dan adil terhadap mana-mana bentuk ucapan kebencian dan ideologi, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



"Ia tidak disasarkan kepada mana-mana individu secara khusus, atau agama secara khusus, atau kewarganegaraan secara khusus. Pendirian kami ini ditujukan secara adil kepada semua.



"Kami akan meneruskan dengan pendekatan toleransi sifar kami terhadap mana-mana bentuk ucapan dan ideologi kebencian, dan melindungi semua agama secara adil.



"Seperti yang saya katakan, saya tidak meminta maaf bagi (pendekatan ini)," ujar Encik Shanmugam apabila ditemui media semalam.



Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang tindakan Singapura melarang kemasukan pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, kerana ajarannya yang bersifat ekstremis dan pengasingan.



Semalam, Encik Shanmugam memberi beberapa contoh tindakan Singapura terhadap kes lain sebelum ini yang dianggap boleh menjejas keharmonian kaum dan agama di negara ini.



Pada 2017, dua pendakwah asing Kristian dilarang berdakwah di Singapura, yang mana seorangnya telah menyifatkan Allah sebagai tuhan palsu, dan seorang lagi berucap tentang 'kejahatan Islam'.



Pada 2018, pendakwah Kristian dari Amerika Syarikat, Lou Engle, juga dilarang berdakwah di Singapura kerana didapati membuat komen yang menghina Islam.



Baru-baru ini, seorang bekas pensyarah, Tan Boon Lee, 61 tahun, didakwa dengan tuduhan membuat komen perkauman, dan ucapan yang tidak sensitif terhadap agama semasa berceramah.



Kata Encik Shanmugam lagi, kebanyakan warga Singapura, semua kaum dan agama, menyokong keputusan untuk melarang Somad untuk memasuki Singapura.



"Somad tidak disasarkan kerana agamanya, tetapi kerana pandangannya yang tidak dapat diterima dalam konteks Singapura," kata Encik Shanmugam.



Contohnya Abdul Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi 'syahid'.



Pada 2019, Singapura meluluskan Akta Mengekalkan Keharmonian Agama yang memperkukuh peruntukan terhadap tindakan yang menjejas keharmonian agama di Singapura.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) juga sedang mengusahakan Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum baru yang akan menggalakkan toleransi antara kaum di Singapura, dan ini akan diperkenalkan di Parlimen apabila sudah siap nanti.



"Kita sebuah negara yang unik, dengan penekanan kuat terhadap keharmonian kaum dan agama. Tetapi kita tidak hanya mempunyai kata-kata indah seperti negara lain.



"Kita menyokong kata-kata itu, falsafah kita, dengan undang-undang, dan bukan sahaja undang-undang, kita menguatkuasa undang-undang itu secara sama rata," kata Encik Shanmugam.



Semalam, Encik Shanmugam juga berkata beberapa orang yang disiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) bagi radikalisasi didapati telah mengikuti ceramah dan ajaran Abdul Somad, termasuk seorang remaja lelaki yang ditahan pada Januari 2020.



Ditanya mengenai sokongan Abdul Somad di Singapura, Encik Shanmugam berkata pemerintah mengambil tindakan apabila ia mengesyaki individu telah beralih ke tahap radikalisasi.



"Lebih daripada itu, nasihat kami kepada warga Singapura adalah berhati-hatilah terhadap ajaran memecahbelahkan, gunakan pertimbangan anda - anda tahu apa yang berkesan untuk Singapura, apa yang baik untuk diri anda dan masyarakat," ujarnya.



Mengenai adakah Abdul Somad merancang untuk berucap di Singapura, Encik Shanmugam berkata Singapura tidak akan membolehkan individu seperti itu untuk memasuki Singapura.



"Walaupun beliau mengadakan lawatan secara privet, ia tidak menghalangnya untuk membuat kenyataan di sini.



"Kamilah yang harus memutuskan apa yang diperlukan untuk keselamatan kami," ujarnya.




TINDAKAN S'PURA TERHADAP KOMEN YANG BOLEH MENJEJAS KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA



Beberapa contoh tindakan Singapura disebabkan komen-komen atau paparan yang boleh menjejas keharmonian kaum dan agama di Singapura sebelum ini:



  • 2017: Dua pendakwah asing Kristian dilarang berdakwah di Singapura. Seorang sifatkan Allah sebagai tuhan palsu, dan seorang lagi berucap tentang 'kejahatan Islam'

  • 2018: Pendakwah Kristian dari Amerika Syarikat, Lou Engle, dilarang berdakwah di Singapura kerana didapati membuat komen yang menghina Islam.

  • Mei 2022: Seorang bekas pensyarah didakwa dengan tuduhan membuat komen perkauman, dan ucapan yang tidak sensitif terhadap agama semasa berceramah.

  • Mei 2022: Filem berbahasa Hindi "Kashmir Files" dilarang di Singapura kerana paparan provokatif dan berat sebelah terhadap orang Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >