Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Usaha tegas tangani kebencian, Islamofobia

Beliau akan bentang usul di Parlimen bulan depan, kenalpasti batas ucapan yang boleh diterima
Mar 20, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata undang-undang tegas diperlukan untuk menangani ucapan berbaur kebencian terhadap agama, lebih-lebih lagi dengan meningkatnya sentimen Islamofobia.



Encik Shanmugam juga mendedahkan bahawa beliau akan membentangkan usul di Parlimen untuk membincangkan tentang ucapan benci dan hubungan kaum dan agama pada awal bulan depan.



"Kami akan ada perbahasan di Parlimen mengenai struktur hubungan kaum dan pendekatan kita... (Kami akan) mempunyai luahan pandangan, membentangkan pendirian pemerintah secara komprehensif dan mengikut konteks," kata beliau.



"Saya fikir ini akan membolehkan kita sebagai sebuah masyarakat melihat sempadan yang harus digaris, dan sama ada ia perlu digariskan semula."



Beliau berkata terdapat pelbagai jenis ucapan berbaur kebencian, daripada politik hingga keagamaan, kepada ucapan yang anda dapati dalam sastera dan hiburan.



"Impaknya berbeza, bergantung kepada jenis ucapannya. Bagaimana anda menentukan batasnya, itu penting," ujar Encik Shanmugam.



Beliau berkata demikian kepada media di Rahat Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) ke-15 di Shangri-La Rasa Sentosa Resort & Spa semalam.



Dalam ucapannya sebelum itu, Encik Shanmugam menyentuh tentang sentimen Islamofobia yang meningkat di beberapa tempat di seluruh dunia.



Beliau memberi contoh komen seorang senator sayap kanan Australia, Encik Fraser Anning, yang menuduh Islam sebagai agama yang menggalak fahaman pengganasan.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas serangan pengganasan di dua masjid di New Zealand, yang membunuh 50 orang dan mencederakan 50 lagi mangsa.



Apabila dituturkan oleh seseorang yang berkuasa, atau diselitkan dalam hiburan, ucapan berbaur kebencian itu akan lama kelamaan dianggap sebagai satu perkara yang biasa, kata Encik Shanmugam.



Oleh itu, Singapura selama ini mengambil pendirian tegas terhadap ucapan sedemikian, sedang negara lain mungkin menghadapi cabaran untuk melaksanakan undang-undang serupa.



Pendekatan itu juga dilaksanakan secara adil untuk melindungi semua masyarakat dan memastikan semua orang berhak menganuti mana-mana agama, kata Encik Shanmugam.



Beliau turut mengiktiraf usaha kumpulan seperti RRG dalam memelihara keamanan di Singapura.



"Di tengah-tengah pelbagai kejadian di seluruh dunia, Singapura sejauh ini kekal menjadi wahah ketenangan dan keamanan, kerana kerja baik pertubuhan seperti RRG," ujar Encik Shanmugam.



Tambahnya, RRG menjalankan usaha yang baik menentang ideologi keganasan yang terpesong.



Ini termasuk penubuhan Pusat Sumber dan Kaunseling RRG, talian bantuan, serta laman Facebook kumpulan itu yang membolehkan orang ramai mendapatkan bimbingan agama daripada sumber yang boleh dipercayai.



RRG juga giat mendekati orang muda untuk mencegah penularan fahaman pelampau, kata Naib Pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali.



LAPORAN LANJUT: Fahami makna kehidupan bermasyarakat, sederhana




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >