Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: WP hendak bentuk pemerintah

Sep 07, 2015 | 12:22 PM



ADALAH jelas bahawa Parti Pekerja (WP) mahu membentuk pemerintah pada masa akan datang, dua menteri Kabinet daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata semalam (6 Sep).


"Jika anda lihat apa yang Cik Sylvia Lim katakan, apa yang Encik Png Eng Huat telah katakan, mereka bercakap tentang membentuk pemerintah," ujar Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, merujuk kepada pengerusi WP dan Anggota Parlimen (AP) Hougang.


"Jadi sebenarnya ia adalah pilihan antara pemerintah yang ada dan sebuah pemerintah alternatif. Jika anda lihat ucapan-ucapan mereka, cukup jelas bahawa mereka mahu membentuk pemerintah, dalam masa tidak lama lagi."


Cik Lim berkata dalam satu rapat minggu lepas bahawa jika WP membentuk pemerintah, ia antara akan meniadakan GRC dan skim Anggota Parlimen Dilantik (NMP).


Menteri Pertahanan, yang juga setiausaha penganjur PAP, Dr Ng Eng Hen, juga bekata WP mempunyai rancangan mmembentuk pemerintah.


Merujuk kepada komen ketua WP, Encik Low Thia Khiang, minggu lalu bahawa sekurang-kurangnya 20 AP pembangkang diperlukan untuk memeriksa pemerintah PAP, Dr Ng berkata:


"WP mengatakan mereka mahu bilangan 'X' kerusi dan apabila mereka sampai di sana, apakah mereka akan berhenti? Ini adalah permainan tikus dan kucing semasa... pilihan raya umum. Semua orang melihat apa di balik permainan itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >