Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: WP masih belum jawab isu AHPETC

Sep 03, 2015 | 03:32 PM



MENTERI Ehwal Luar merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata Parti Pekerja (WP) masih belum menjawab beberapa soalan penting berhubung isu Majlis Bandaran Aljunied Hougang Punggol East (AHPETC).


Ini meskipun beberapa calon parti pembangkang itu telah berucap mengenai hal tersebut di rapat pilihan raya pertama mereka malam semalam.


Malah, menurut Encik Shanmugam, WP memilih bercakap tentang hal itu menerusi wadah rapat pilihan raya kerana di situ mereka tidak boleh disoal.


"Apa yang paling nyata bagi saya ialah mengapa mereka menyimpan maklumat daripada juruaudit? Mengapa Mahkamah Tinggi kata mereka (WP) memperdayakan Parlimen? Itu bukan kami yang kata," kata Encik Shanmugam kepada media selepas melancarkan manifesto pasukan PAP di GRC Nee Soon bagi pilihan raya akan datang di cawangan Chong Pang PAP pagi tadi.


Menyentuh ucapan Setiausaha Agung WP, Encik Low Thia Khiang, yang berkata beliau mungkin sudah lama ditahan pihak berkuasa sekiranya benar-benar melakukan kesalahan semasa di rapat itu, Encik Shanmugam telah mempersoalkan apakah itu standard yang ditetapkan calon WP.


"Anda boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak dipenjara - itulah standard yang ditetapkan WP bagi calonnya.


"Jelas mereka telah berkelakuan mengikut standard itu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >