SYARIKAT tenaga Shell telah membuka loji pelincir di Tuas yang disifatkan sebagai antara terbesar di dunia dan ini akan meningkatkan kedudukan Singapura sebagai lokasi yang berdaya saing bagi industri ini.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan S. Iswaran berkata pelaburan Shell di loji baru itu "memberikan isyarat jelas mengenai keyakinan berterusan pertubuhan berkenaan di Singapura sebagai lokasi penghasilkan E & C (tenaga dan bahan kimia) bernilai tinggi".