Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shell lancarkan stesen pengecas elektrik di stesen minyak

Aug 19, 2019 | 02:57 PM



SYARIKAT Shell menjadi peruncit bahan api pertama di Singapura yang menawarkan khidmat stesen pengecas elektrik di stesen-stesennya.



Sepertimana yang telah dilakukan rangkaian syarikat tersebut di Britain, Belanda dan Cina, syarikat gergasi minyak Belanda itu telah melengkapkan stesen Sengkang - di 61 Sengkang East Road - dengan stesen pengecas arus langsung (direct current) secepat 50 kilowat-jam (kWh) .



Sembilan stesen lain di merata Singapura akan dilengkapi dengan kemudahan ini - yang diberi nama Shell Recharge - menjelang Oktober. 



Syarikat Shell mempunyai 57 stesen minyak di Singapura.



Berbeza daripada pasaran lain, jumlah kenderaan elektrik (EV) di Singapura sangat rendah. 



Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), terdapat hanya kira-kira 1,100 EV di sini, iaitu 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di Singapura.



Shell Recharge mengenakan bayaran 55 sen bagi setiap kilowat-jam (kWh), iaitu pada harga sedikit lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan di stesen pengecas cepat lain.



Shell berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada strateginya untuk "memenuhi permintaan Singapura yang berubah-ubah dalam permintaan untuk kemudahan dan mobiliti".



Hampir 60 peratus daripada rangkaiannya telah dinaik taraf, dan selebihnya dijadualkan menjalani kerja-kerja naik taraf menjelang akhir tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >