Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shopee gantung penjual kirim kadbod dan bukan tangga dipesan pelanggan

May 07, 2022 | 03:24 PM



Wadah e-dagang Shopee telah menggantung seorang penjual selepas beliau menghantar sekeping kadbod kepada pelanggan dan bukannya tangga lipat yang dipesannya.



Laman berita sosial, Stomp, sebelum ini melaporkan seorang warga Stomp, Gen, telah membayar sebanyak $39.90 untuk tangga tersebut dan terkejut apabila beliau tidak menerima produk seperti yang diiklankan.



Menyusuli laporan itu, penjual berkenaan menghubungi Stomp dan menjelaskan bahawa syarikat kurier yang ditugaskan untuk menghantar produk mereka tidak akan mengambil dan menghantar tangga itu kerana ia melebihi ketinggian 150 sentimeter.



Penjual itu berkata beliau sudah membuat persiapan untuk menghantar tangga yang dipesan pelanggan sepanjang minggu pada 30 April, namun terpaksa menangguhnya kerana mengalami kecederaan belakangnya.



Apabila Stomp menghubungi Gen untuk mendapatkan perkembangan terkini, beliau berkata beliau tidak menerima tangga yang dipesannya dan Shopee telah memulangkan semula wangnya. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >