Shopee, GrabMart turut kerjasama dalam Bazaar Kita, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SEKITAR RAMADAN

Shopee, GrabMart turut kerjasama dalam Bazaar Kita

Bungkus, wadah jual makanan halal, milik Muslim, juga turut serta
Apr 18, 2021 | 05:30 AM

BAZAR dalam talian, Bazaar Kita, telah bekerjasama dengan wadah e-dagang utama di Asia Tenggara, Shopee dan wadah pasar raya dalam talian GrabMart, untuk memberi kemudahan dan pilihan lebih luas kepada pelanggan dalam bulan Ramadan ini.

Selain itu, bazar yang boleh didapatkan di laman www.Bazaar-Kita.sg itu juga bekerjasama dengan syarikat Bungkus, sebuah wadah yang menjual makanan halal atau milik Muslim.

Bazaar Kita dibentuk oleh Wisma Geylang Serai (WGS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi membentuk bazar dalam talian memandangkan bazar fizikal tidak dibolehkan kerana wabak Covid-19.

Ketua pemasaran Shopee (Singapura), Encik Tiger Wang, berkata:

"Shopee memberi komitmen dalam menyokong perniagaan tempatan bagi melengkapi keperluan penduduk Singapura dari pelbagai lapisan masyarakat. Kami berasa teruja untuk memulakan usaha sama pertama bersama DPPMS untuk membantu pengguna kami dalam persiapan Ramadan mereka.''

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Di Bazaar Kita on Shopee, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk halal serta kelengkapan Ramadan daripada peniaga Muslim.

Bagi membantu WGS merapatkan lagi hubungan dengan pelanggan mereka, Shopee juga akan mengulangi siaran program mereka melalui Shopee Live.

Ini termasuk siaran masakan secara langsung, pertunjukan muzikal dan banyak lagi.

"Kami amat menantikan untuk bekerjasama rapat dengan DPPMS serta WGS dalam membawa kegembiraan dan menyediakan khidmat kepada para pelanggan kami Ramadan ini," kata Encik Wang.

Ketua penghantaran Grab Singapura, Cik Ngiam Xin Wei, pula menyatakan mereka berbesar hati menjadi sebahagian daripada Bazaar Kita untuk i memberikan pengalaman menyambut Hari Raya dalam talian bagi pelanggan.

"Sedang penghantaran dalam talian semakin menjadi pilihan ramai dan khidmat e-dagang pula menjadi semakin popular, kami yakin teknologi akan kekal memainkan peranan utama dalam mencipta nilai bagi penjual dan pembeli.

"Tahun ini, pengguna GrabFood dan GrabMart boleh menikmati potongan harga promosi daripada 50 peniaga Muslim bersijil halal yang menawarkan pelbagai barangan daripada snek, barangan dapur, makanan pencuci mulut, makanan beku serta keperluan memasak kuih,'' katanya.

Pengarah eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah, pula berkata, bazaar itu diharap dapat membantu peniaga dengan memberikan mereka akses serta bantuan bagi meningkatkan penggunaan digital mereka di wadah e-dagang terkemuka.

"Dewan memilih untuk bekerjasama dengan Shopee, GrabMart dan Bungkus kerana mereka telah lama bertapak dalam industri ini.

"Lantaran itu, kami yakin sekiranya terdapat kegenjotan yang berlaku, platform tersebut mampu menyelesaikannya termasuk menangani isu operasi bagi memastikan kedua-dua peniaga dan pembeli meraih pengalaman terbaik,'' tambahnya.

Wadah e-dagang itu juga telah mempunyai jangkauan pasaran tinggi, lantas membolehkan peniaga mendapat akses segera kepada penonton yang ramai tanpa perlu melabur wang untuk keperluan pemasaran serta mengeluarkan kos yang tinggi.

Pemilik perniagaan dan individu yang ingin menjual produk mereka di bazaar-kita.sg masih boleh melakukan demikian dan mengisi butiran mereka di laman www.bazaar-kita.sg.


"Dewan memilih untuk bekerjasama dengan Shopee, GrabMart dan Bungkus kerana mereka telah lama bertapak dalam industri ini. Lantaran itu, kami yakin sekiranya terdapat kegenjotan yang berlaku, platform tersebut mampu menyelesaikannya termasuk menangani isu operasi bagi memastikan kedua-dua peniaga dan pembeli meraih pengalaman terbaik."
- Encik Azrulnizam Shah, pengarah eksekutif DPPMS.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map