Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Si cilik sampaikan penghargaan untuk tamu istimewa

Aug 08, 2017 | 05:30 AM



SEKITAR 62 murid tadika PCF Sparkletots bersama keluarga mereka telah mengadakan sambutan ulang tahun ke-52 Singapura dengan menunjukkan penghargaan mereka kepada wakil Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam.



Diadakan di tadika PCF Sparkletots di Blok 890A, Tampines West, murid tadika itu telah mereka khas rangka gambar kadbod berukuran A4 dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kertas dan span yang kemudian diberikan kepada tetamu mereka itu.



Turut hadir di acara sambutan meriah itu ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines.



Selain itu, murid-murid itu juga menyampaikan persembahan lagu Hari Kebangsaan seperti Reach Out For The Sky; Believe In Me, Singapore!; dan Count On Me, Singapore.



Mereka juga mempamerkan projek mereka yang diperbuat daripada bahan kitar semula yang membawa tema 'Singapura'.



Projek itu sebahagian inisiatif Start Small Dream Big (Mula Kecil-kecilan Impikan Yang Besar) yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).



Ia menggalakkan murid tadika agar berinovasi, mencari huraian kepada masalah dan membantu rakan mereka.



Semalam, murid PCF Sparkletots itu mempamerkan projek mereka yang menunjukkan ikon Singapura seperti Lapangan Terbang Changi, Singapore Flyer, Vanda Miss Joaquim, Taman Di Persisiran dan Merlion.



Projek tersebut diperbuat daripada bahan kitar semula termasuk kotak susu, kotak tisu, kertas, kadbod, straw dan ranting pokok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >