SIA anjur penerbangan amal khas rai SG50
Apr 15, 2015 | 05:30 AM
SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan menganjurkan penerbangan amal khas sebagai sebahagian daripada aktiviti meraikan ulang tahun ke-50 Singapura tahun ini.
Kira-kira 300 orang benefisiari daripada Dana Masyarakat termasuk kanak-kanak istimewa; orang dewasa yang kurang upaya; keluarga yang kurang bernasib baik dan warga tua akan berpeluang menaiki pesawat Airbus 380 superjumbo pada 29 Mei ini selama tiga jam.