Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA bangun aplikasi sah ujian Covid-19 dengan pantas

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT Singapore Airlines (SIA) telah memulakan ujian bagi khidmat baru yang mempercepat proses pengesahan hasil ujian Covid-19 yang bertujuan mempercepat proses pemeriksaan kastam lantas mempertingkat pengalaman pelawat, kata syarikat penerbangan nasional itu.



Khidmat baru itu, di masa depan, boleh digunakan untuk mengesahkan status vaksinasi Covid-19 pelawat dan menjadi 'pasport vaksin', menjelang pelaksanaan peraturan penerbangan berhubung vaksin yang dijangka diumum penguasa penerbangan sedunia.



Buat masa ini, kakitangan imigresen di Lapangan Terbang Changi perlu memeriksa kesahihan hasil ujian tersebut secara tangan.



Hasil ujian perlu diperolehi daripada makmal yang diiktiraf dan pegawai imigresen turut akan memeriksa tarikh ujian dilakukan.



Namun, bermula semalam, kakitangan imigresen membuat pengesahan itu secara digital bagi penumpang yang menaiki penerbangan SIA ke sini dari Jakarta dan Kuala Lumpur.



Penumpang-penumpang tersebut telah menjalani ujian Covid-19 di beberapa klinik yang telah ditentukan dan klinik-klinik itu memberikan penumpang dengan hasil ujian Covid-19 negatif sijil kesihatan digital atau yang dicetak.



Sijil-sijil tersebut menunjukkan kod QR yang memberi pengesahan kesahihan sijil-sijil tersebut dan boleh diimbas oleh kakitangan imigresen menggunakan aplikasi, kata SIA.



Aplikasi itu, yang dibangunkan oleh syarikat teknologi Affinidi dan dimiliki Temasek, boleh menunjukkan hasil ujian yang telah luput.



Dalam kenyataannya, SIA berkata ia sedang bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Kementerian Pengangkutan, Penguasa Pengangkutan Udara Awam Singapura (CAAS), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Changi Airport Group (CAG) dalam tempoh ujian ini.



Jika berjaya, khidmat pengesahan digital akan diluaskan kepada penerbangan SIA dari kota-kota lain.



SIA juga merancang menyepadukan ciri pengesahan itu dalam app utamanya pada Jun tahun depan.



Pemangku naib presiden kanan (Rancangan Pemasaran) SIA JoAnn Tan berkata:



"Ujian Covid-19 dan vaksinasi akan menjadi sebahagian penting perjalanan udara di masa depan.



"Kami menawarkan huraian digital yang membenarkan pengesahan maklumat tersebut dengan cara yang mudah dan selamat, dan menyokong pemulihan industri yang terkawal dan selamat daripada pandemik ini."



SIA ialah syarikat penerbangan pertama di dunia memperkenalkan proses pengesahan digital ini yang berdasarkan rangka kerja Pas Perjalanan yang dibentuk Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata).



Menurut SIA, ia juga sedang bekerjasama dengan Iata dalam usaha memperkenalkan piawaian industri untuk pembukaan semula sempadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >