Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA buat kajian masa terbaik kejut penumpang makan dalam pesawat

SIA
Jan 11, 2022 | 05:30 AM



PARA penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) boleh menjangkakan penerbangan yang lebih merehatkan pada masa depan sekiranya sebuah makmal baru berjaya dalam kajiannya.



Dalam beberapa tahun mendatang, SIA dan penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) akan bekerjasama untuk, antara lain, mengkaji masa optimum bagi mengejutkan penumpang dalam penerbangan mereka pada waktu makan.



Ini mungkin dapat juga merintis jalan kepada waktu makan yang khusus berdasarkan kitaran waktu tidur penumpang.



Usaha mentakrifkan semula pengalaman pergerakan udara penumpang adalah antara matlamat utama Makmal Korporat Penerbangan Digital SIA-NUS.



Kemudahan kajian itu yang terletak di Bangunan Inovasi 4.0 di Kampus Kent Ridge NUS, dilancarkan semalam.



Ia menelan belanja $45 juta dan ditubuhkan bersama SIA dan NUS serta disokong oleh Yayasan Penyelidikan Nasional, menurut kenyataannya semalam.



Bercakap semasa melancarkan makmal itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, melahirkan rasa gembira SIA sedang mempercepat usaha pendigitalan untuk meneroka peluang baru di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelarasan Dasar Ekonomi, berharap lebih banyak syarikat di sini akan menimbangkan untuk memperkukuh kerjasama dengan universiti dan institut kajian.



"Ini boleh dilakukan dalam bentuk makmal korporat seperti yang dilancarkan hari ini atau kerjasama kajian yang disasarkan bagi menangani cabaran khusus atau konsortia kajian industri," ujar beliau dalam ucapannya.



"Apa yang penting dalam kerjasama seperti ini ialah mengeratkan hubungan di antara bidang penyelidikan dan industri, membolehkan kededua pihak belajar dan meraih manfaat daripada satu sama lain."



Encik Heng turut menarik perhatian tentang tanda-tanda pemulihan sejak lewat tahun lalu, dengan kapasiti penumpang SIA meningkat kepada 37 peratus daripada kadar sebelum Covid-19.



Dalam memulakan tahun baru ini, kata beliau, kita perlu optimis serta berhati-hati bahawa kadar vaksinasi lebih tinggi di seluruh dunia dan cara pengurusan pandemik lebih baik, akan membolehkan masyarakat menyambung semula pergerakan.



"Namun, kita harus kekal berwaspada sedang varian baru muncul.



"Adalah penting untuk kita melakukan apa yang boleh untuk menyokong pemulihan kedudukan kita sebagai hab penerbangan," tambah Encik Heng.



Sektor penerbangan - tunggak ekonomi Singapura - serta sektor berkaitan, menyumbang kepada lebih 5 peratus hasil dalam negeri kasar (GDP) sebelum krisis.



Dalam pada itu, antara ciri kemudahan makmal itu ialah penubuhan suasana kabin bagi kegunaan simulasi seperti mengkaji dengan teliti bagaimana penumpang berehat dalam penerbangan.



Peserta yang diambil dalam satu kajian di makmal itu nanti harus berada di dalam kabin itu selama enam jam atau lebih seperti dalam penerbangan jangka panjang.



Pelbagai alat pengesan dipasang dalam kabin akan mengesan ekspresi muka, kadar degupan jantung dan peringkat tidur.



Makmal berkenaan juga akan meneliti pengurusan pendapatan dan menetapkan harga yang dinamik di samping mempertingkat kesejahteraan pekerja.



Ia juga akan menyokong matlamat kemampanan SIA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >