Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA Engineering lancar akademi latih pekerja, niaga sektor penerbangan

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH akademi latihan bagi membantu pekerja dan perniagaan dalam sektor penerbangan membaiki proses pekerjaan dilancarkan semalam.



The Lean Academy oleh SIA Engineering Company itu merancang melatih kira-kira 4,000 kakitangan syarikat tersebut menjelang 2023, sebelum ia dibuka kepada syarikat lain dalam sektor itu.



Perkataan Inggeris 'Lean' merujuk kepada pendekatan sistematik bagi mengurangkan atau menghilangkan langkah tidak diperlukan dalam proses yang dilaksana dan hanya melakukan bahagian bernilai tambah.



Kurikulum latihan akademi itu merangkumi projek amali, pembelajaran dalam kelas dan e-pembelajaran. Ia dijalankan secara percuma bagi kakitangan SIA Engineering.



Bagi pelajar luar, akademi itu sedang bekerjasama dengan rakan kongsi SkillsFuture Singapura (SSG) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk melakar peta kursus berdasarkan rangkaian kemahiran nasional.



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang, yang menghadiri pelancaran akademi itu semalam, berkata selepas pandemik Covid-19, majikan perlu memikirkan semula strategi perniagaan mereka untuk mengikuti rentak gangguan yang semakin pantas berlaku.



"Syarikat harus meneruskan usaha meningkatkan produktiviti tenaga kerja, dengan merancang semula proses kerja atau bahkan keseluruhan peranan pekerjaan kepada pekerjaan kurang intensif.



"Pekerja juga harus mengikuti perubahan ini, menyegarkan semula dan memperbaharu kemahiran mereka, agar tetap relevan dan dapat digunakan pada masa depan yang cepat berubah," ujar beliau.



Cik Gan berkata rancangan SIA Engineering membantu meningkatkan industri penerbangan akan membolehkan mereka berkembang sebagai sistem eko.



SIA Engineering melabur lebih $10 juta dalam latihan dan pengembangan Lean. Ketua Eksekutifnya Ng Chin Hwee berkata projek-projek Lean yang dilaksana sejauh ini telah dapat membaiki daya penghasilan sebanyak 20-30 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >