SIA gajikan juruterbang wanita buat kali pertama, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SIA gajikan juruterbang wanita buat kali pertama

Apr 12, 2016 | 10:47 AM

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah - buat kali pertama - menggajikan juruterbang wanita.

Dua wanita menyertai syarikat itu Ogos lalu semasa pengambilan terakhir juruterbang kadet.

Latihan mereka - di Singapura dan Australia - akan mengambil masa antara dua dan tiga tahun, selepas itu mereka akan dijadualkan bagi penerbangan komersial.

Jurucakap SIA, Encik Nicholas Ionides, mengesahkan pengambilan tersebut tetapi berkata tiada sasaran ditetapkan bagi bilangan juruterbang wanita yang akan diambil bekerja.

Syarikat penerbangan itu mempunyai kira-kira 2,000 juruterbang.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami akan merekrut sesiapa yang paling layak," katanya kepada akhbar The Straits Times.

SIA syarikat penerbangan Singapura - dan mungkin syarikat penerbangan global utama - terakhir mengambil juruterbang wanita.

Cabang serantau kumpulan itu, SilkAir, dan cabang bajet jarak jauhnya, Scoot, sudah mempunyai juruterbang wanita.

Begitu juga syarikat penerbangan tambang murah Jetstar Asia dan Tigerair.

Dalam kalangan syarikat penerbangan Singapura, juruterbang wanita membentuk kurang 1 peratus daripada jumlah keseluruhan juruterbang, dengan SIA kini mempunyai 0.1 peratus juruterbang wanita.

Ini lebih rendah daripada angka global yang kira-kira 5 peratus, menurut Persatuan Antarabangsa Juruterbang Wanita Syarikat Penerbangan.

SIA tidak memberi sembarang maklumat mengenai dua juruterbang kadet wanita itu, dan tidak mengatakan mengapa hanya sekarang ia menggajikan juruterbang wanita.

Seorang juruterbang yang tidak mahu dikenali, berkata: "SIA melatih kadet dari awal pada kos lebih $200,000 bagi setiap pelatih. Ia satu pelaburan besar oleh itu anda ingin memastikan juruterbang yang anda latih sentiasa sedia beroperasi. Ini tidak mungkin apabila wanita hamil dan tidak boleh terbang, biasanya selama setahun atau lebih."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map