Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

SIA kembali rekrut kru kabin lepas 2 tahun dibeku

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIA kembali rekrut kru kabin lepas 2 tahun dibeku

Feb 12, 2022 | 04:29 PM

SYARIKAT penerbangan nasional Singapore Airlines (SIA) telah mula kembali mengambil kru kabin bekerja, selepas dua tahun membekukan pengambilan kerja akibat pandemik Covid-19.


Langkah itu bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja baru di tengah-tengah kenaikan permintaan untuk perjalanan udara antarabangsa, sedang terdapat lebih banyak Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL), kata SIA pada Sabtu (12 Feb).


Syarikat penerbangan itu - yang telah meningkatkan kapasitinya dan menyesuaikan perkhidmatan penumpang sejajar dengan peningkatan permintaan - kini menerima permohonan pekerjaan melalui laman webnya.


Bagaimanapun, ia tidak menyatakan berapa ramai pekerja baru yang ingin diambil.
 

SIA berkata pengambilan pekerja terbaru itu mengambil kira keperluan untuk menggantikan kru kabin yang telah meninggalkan perkhidmatan sejak dua tahun lalu, serta bagi memenuhi rancangan pertumbuhannya.
 

Syarikat penerbangan itu akan memilih calon berdasarkan merit dan kesesuaian untuk peranan tersebut.
 

Menurut laporan tahunan SIA Group 2020/2021, syarikat penerbangan nasional Singapura itu kehilangan sejumlah 2,829 pekerja antara akhir Mac 2020 dan akhir Mac tahun lalu. Daripada jumlah ini, seramai 2,379 ialah kru kabin.


Hingga 31 Mac tahun lepas, terdapat seramai 6,887 kru kabin yang diambil bekerja oleh SIA, berbanding 9,266 pada tahun sebelumnya, satu kemerosotan 25.7 peratus.
 

Syarikat penerbangan itu tidak memberikan angka mengenai bilangan jumlah kakitangan sekarang.
 

Satu sebab utama bagi kehilangan pekerjaan itu ialah pemberhentian kerja besar-besaran pada September 2020, sedang SIA menghadapi cabaran sempadan tertutup dan pesawat yang kekal di darat.
 

Kumpulan itu memutuskan untuk memotong kira-kira 4,300 jawatan di seluruh syarikat penerbangannya termasuk SIA, anak syarikat SilkAir dan syarikat penerbangan kos rendah Scoot pada September 2020.
 

Langkah tersebut menjejas kira-kira 2,400 pekerja di Singapura dan di luar negara selepas mengambil kira langkah seperti pembekuan pengambilan pekerja yang dimulakan sejak Februari 2020 dan bilangan biasa pekerja yang berhenti atau bersara.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3