Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA kendali 3 penerbangan dengan pasukan anak kapal dilindungi vaksin

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



TIGA penerbangan kendalian Singapore Airlines (SIA) Group, dengan kesemua juruterbang dan anak kapal yang sudah disuntik vaksin Covid-19, berlepas semalam.



Pesawat SQ956 berlepas ke Jakarta manakala pesawat Scoot TR606 menuju ke Bangkok. Kedua-duanya berlaku pada 9.30 pagi.



Pesawat ketiga SilkAir MI608, yang menuju ke Phnom Penh dijadual berlepas pada 4.30 petang.



Penerbangan itu antara khidmat perintis di dunia yang mengendalikan pesawat lengkap dengan pasukan juruterbang dan anak kapal yang sudah disuntik vaksin.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung di Lapangan Terbang Changi, yang menemui anak kapal pesawat SQ956 sebelum keberangkatan mereka semalam, berkata proses memberi vaksin berjalan dengan lancar.



Encik Ong memberitahu pihak media bahawa beliau yakin sebilangan besar pekerja daripada sektor penerbangan dan kelautan akan menerima vaksin penuh menjelang hujung bulan ini.



Beliau juga berkata sempadan Singapura paling mudah terjejas.



"Jika kakitangan di sempadan yang berhubung dengan dunia luar semua disuntik vaksin, saya fikir kita sudah memilih langkah yang baik dalam usaha melindungi sempadan dan memelihara keselamatan warga Singapura," katanya.



Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam, hingga kelmarin, lebih 52,000 pekerja dalam bidang pengangkutan termasuk sektor penerbangan sudah menerima dos pertama vaksin.



Jumlah itu merangkumi hampir 39,000 pekerja yang disuntik di bawah usaha pemvaksinan berskala besar, Latihan Vaksinasi Pekerja Kelautan dan Penerbangan (Save).



Usaha itu dilancarkan bulan lalu.



Tambah MOT, pekerja barisan depan sektor penerbangan seperti juruterbang, anak kapal dan kakitangan lapangan terbang berdepan dengan pendatang dan barangan mereka. Begitu juga halnya dengan pekerja sektor kelautan yang perlu memasuki kapal yang berlabuh di republik ini.



"Mereka terus bekerja dalam persekitaran berisiko tinggi demi menjamin keterbukaan hab udara dan laut kita. Justeru usaha memvaksinasi pekerja sedemikian akan menyediakan tahap perlindungan dipertingkat dan jaminan lebih baik sedang mereka bertugas dan menjaga sempadan tatkala membanteras Covid-19," ujar MOT.



Menurut SIA, anak kapal dan juruterbangnya menyambut baik usaha vaksinasi malah lebih 90 peratus daripada mereka sudah mendaftarkan nama untuk mendapatkan vaksin.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA Goh Choon Phong berkata:



"Kami terdorong dengan sokongan utuh yang ditunjukkan rakan sekerja terhadap usaha mendapatkan vaksin. Pemvaksinan menjadi kunci pembukaan sempadan dan keyakinan melakukan perjalanan ke luar negara.



"Perkara itu diperkukuh oleh rancangan ujian yang teliti dan peraturan keselamatan meluas yang dikuatkuasakan. Semua usaha ini bakal menyediakan tahap perlindungan lebih baik kepada pekerja kami dan jaminan tambahan buat pelanggan."



Dalam sektor pengangkutan juga, lebih 14,000 pekerja di bawah syarikat pengendali khidmat bas dan kereta api sudah mendapatkan dos pertama vaksin sejak 25 Januari lalu. Baki 66,000 pekerja pengangkutan darat kini dijadualkan menerima vaksin dalam tempoh beberapa bulan ini.



"Usaha pemvaksinan pekerja pengangkutan menjadi sebahagian daripada strategi negara melindungi pekerja barisan depan dan keluarga masing-masing.



"Langkah itu melengkapi peraturan sedia ada yang melindungi kesihatan mereka umpamanya menggunakan pelitup muka dan peralatan perlindungan peribadi, penjarakan selamat dan ujian yang kerap dilakukan," ujar MOT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >