Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA kumpul $2b hasil jual-sewa pesawat

May 04, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah mengumpulkan $2 bilion daripada urus niaga penjualan dan penyewaan 11 pesawat termasuk tujuh pesawat Airbus A350-900 dan empat Boeing 787-10.



Empat pihak telah mengaturkan urus niaga itu, menurut kenyataan SIA kepada Bursa Singapura (SGX) semalam.



Mereka ialah Aergo Capital, Altavair, EastMerchant/Crianza Aviation dan Muzinich and Co.



Urus niaga dengan syarikat Aergo Capital melibatkan sebuah pesawat Airbus A350-900 dan Boeing 787-10, manakala urus niaga dengan syarikat pesawat penerbangan Altavair melibatkan empat Airbus A350-900.



Sejak 1 April tahun lalu, SIA telah mengumpulkan dana sebanyak $15.4 bilion. Jumlah itu termasuk dana $8.8 bilion daripada tawaran saham hak, $2.1 bilion dari pembiayaan bercagar, $2 bilion melalui bon yang boleh diubah kepada saham dan tawaran nota.



Baki $500 juta adalah bagi kemudahan kredit dan pinjaman tanpa cagaran bertempoh pendek.



Ketua eksekutif SIA. Encik Goh Choon Phong. berkata dana tambahan daripada urus niaga penjualan dan penyewaan pesawat itu mengukuhkan keupayaan syarikat dalam mengharungi kesan pandemik Covid-19 daripada kedudukan yang kukuh.



SIA mencatatkan kerugian sebanyak $3.5 bilion bagi enam bulan berakhir September lalu akibat pandemik Covid-19.



Ia telah cuba mengurangkan kos dan wadah baru bagi meningkatkan pendapatan.



Antaranya, SIA telah memperkenalkan pengalaman menjamu selera dalam pesawat A380 serta memperkenalkan program latihan bagi melatih kakitangan syarikat lain dalam khidmat pelanggan.



Sebelum ini, SIA telah membelanjakan $6.2 bilion hingga 13 Oktober tahun lalu daripada $8.8 bilion yang berjaya dikumpul hasil saham hak pada Jun lalu.



Syarikat itu menarik 155,000 penumpang sepanjang enam bulan hingga September tahun lalu.



Kesan pandemik Covid-19 bukan sahaja menyebabkan hasil syarikat itu menjunam tetapi juga mengurangkan nilai pesawat generasi lebih lama sebanyak $1.33 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >