SINGAPORE Airlines (SIA) melaporkan kerugian bersih suku kedua yang seganda lebih tinggi berbanding kerugian pada suku pertama tahun ini, iaitu $3.47 bilion bagi enam bulan sehingga September.
Kerugian tersebut disebabkan kerosakan pesawat yang lebih tua serta kos pemberhentian kerja $42 juta.
SIA sebelum ini melaporkan kerugian $1.1 bilion pada suku pertama sehingga Jun.
Pada suku kedua, ia rugi $2.3 bilion, lebih seganda berbanding kerugian suku pertama, lapor The Business Times, bukti penangan hebat pandemik Covid-19 terhadap pendapatan syarikat tersebut.