Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA, New South Wales meterai MOU rangsang pelancongan

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



DANA tarikan penerbangan $60 juta untuk merangsang permintaan dan memacu lawatan ke New South Wales (NSW), Australia.



Itulah matlamat pemerintah NSW dalam menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) bersama Singapore Airlines (SIA) di Hotel Fullerton petang semalam.



Perjanjian MOU baru itu bertujuan memudahkan aktiviti pemasaran di seluruh Singapura, India, Indonesia, Malaysia, Britain, Jerman dan Perancis untuk merangsang dan mendorong lawatan ke NSW.



Dalam ucapan Menteri Perusahaan, Pelaburan dan Perdagangan merangkap Menteri Pelancongan dan Sukan serta Menteri bagi Sydney Barat, Encik Stuart Ayres, beliau menyatakan bahawa MOU bersama SIA adalah kritikal untuk menghidupkan semula ekonomi pelawat ke NSW.



"Singapore Airlines, dengan sokongan pemerintah NSW, kini mengendalikan empat penerbangan harian ke Sydney, yang dianggarkan membawa lebih $231 juta dalam perbelanjaan oleh pelawat ke NSW sehingga Julai 2023 dan menyokong lebih 1,200 pekerjaan.



"Pada 2019, NSW mengalu-alukan lebih 126,000 pelawat Singapura, yang menginap lebih daripada satu juta malam dan menambah $232 juta kepada ekonomi pelawat NSW dan Singapura juga merupakan hab lalu lintas yang tinggi bagi penumpang dari seluruh dunia yang melancong ke NSW.



"Lapangan terbang kami adalah pintu masuk ke negeri kami, jadi menyokong pengembalian syarikat penerbangan kepada mereka melalui dana tarikan penerbangan adalah penting," ujar beliau.



Naib Presiden Eksekutif Komersial SIA, Encik Lee Lik Hsin, berkata:



"Tahun ini menandakan 55 tahun sejak penerbangan pertama Singapore Airlines ke Australia dikendalikan dan perkongsian ini mencerminkan komitmen lama kami untuk memastikan negara kami sentiasa terhubung dengan dunia dan membawa perjalanan ke tahap yang baru," ujar beliau.



Dana tarikan penerbangan membentuk sebahagian daripada pelan pemulihan ekonomi Covid-19 oleh pemerintah NSW.



Ia bertujuan untuk membina kapasiti penerbangan di seluruh NSW dengan menyokong syarikat penerbangan untuk kembali ke lapangan terbang negeri mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >