Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

SIA pasang penyalut antimikrobial dalam pesawat sebelum sambut lebih ramai penumpang

Setempat
27
0

SIA pasang penyalut antimikrobial dalam pesawat sebelum sambut lebih ramai penumpang

Nov 17, 2020 | 10:53 PM

PENYALUT dengan bahan antimikrobial yang semula jadi berfungsi sebagai disinfektan telah dipasang di tandas serta pemegang kompartmen simpanan atas di pesawat Singapore Airlines (SIA) sedang khidmat penerbangan ini bersiap sedia untuk menyambut lebih ramai penumpang.

Pihak penerbangan ini juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan protokol ujian Covid-19 dengan lebih banyak maklumat kelak akan didedahkan.

Semua langkah ini dibuat selain langkah yang telah diumumkan lebih awal seperti menggalakkan penggunaan teknologi bagi penerbangan tanpa kontak.

Demikian jelas SIA kepada akhbar The Straits Times pada Selasa (17 November) di ambang pelancaran penerbangan gelembung udara pertama ke Hong Kong.

Naib Presiden Kanan Pengalaman Pelanggan, Encik Yeoh Phee Teik, berkata, SIA dalam proses mengumpulkan maklum balas mengenai keprihatinan penumpang dan akan memberikan responsnya.

"Sesama kami, kami juga membayangkan perjalanan pelanggan sepanjang mana pun destinasinya...dan membayangkan diri kami adalah penumpang yang hadir di lapangan terbang.

"Kesemua maklum balas ini akan membimbing kami mengenai cara mempertingkat usaha kami dalam memastikan dan memberi jaminan semula kepada pelanggan kami - adalah selamat untuk mengembara," katanya.

Dalam pada itu, Encik Yeoh berkata, kesemua langkah yang dirancang dan didedahkan Ketua Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong, dalam usaha memperbaiki keselamatan penumpang Jun lalu telah dilaksanakan.

Langkah ini meliputi keseluruhan proses penerbangan dari memasuki ruang imigresen dan menaiki pesawat hinggalah turun dari pesawat.

Sebagai contoh, penumpang kini boleh mendapat akses pada laman Internet SIA bagi mengetahui tentang sekatan kembara dan tuntutan di kota-kota yang menjadi destinasi khidmat SIA.

Penumpang juga boleh menggunakan telefon bimbit mereka bagi mendapatkan akses pada menu dalam penerbangan serta perpustakaan digitalnya.

Selain penyalut antimikrobial yang digunakan pada pelbagai permukaan, kru kabin SIA mengelap pemegang pintu tandas dengan disinfektan yang terbukti dapat membunuh virus Covid-19, kata Encik Yeoh lagi.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3