Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA perjelas isu hidangan yang dikecam penumpang

May 08, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT Singapore Airlines (SIA) telah memberi respons kepada maklum balas berkenaan menu makanan dalam pesawat mereka selepas seorang penumpang membuat aduan tentang makanan yang diterimanya ketika dalam penerbangan.



Pengguna Facebook, Encik Anderson Soh, telah meluahkan rasa kecewanya terhadap hidangan yang telah diterimanya semasa dalam pesawat SQ dari Singapura ke Bangkok pada 30 April lalu, termasuk memuatnaik beberapa gambar, lapor The New Paper (TNP) kelmarin.



Beliau berkata dalam posnya pada Isnin lalu: "Bolehkah anda percaya ini makanan yang ditawar (dalam) pesawat SQ... omg makanan ini sangat mengecewakan... Saya fikir saya sedang berada dalam penerbangan bajet.



"Saya rasa nasi lemak yang ditawar syarikat penerbangan bajet lagi bagus. Ini satu perbezaan besar berbanding zaman sebelum Covid... Saya sangat kecewa pada SQ..." tambahnya.



Encik Soh juga menulis dalam ruang komen, makanan tentera lagi enak daripada makanan yang disajikan dalam pesawat itu.



Encik Soh memberitahu Stomp, beliau disajikan porsi pasta yang mengecewakan sebagai jamuan utama dan rasanya juga kurang memadai, serta satu tab kecil aiskrim Udders.



"Kami ditawar hanya dua pilihan hidangan utama. Sama ada pasta atau bihun ala Thai dengan satu lagi hidangan yang saya tak ingat. Tiada pilihan lain untuk aiskrim."



Encik Soh memberitahu Stomp beliau telah memberi maklum balas kepada SIA menerusi satu tinjauan yang telah dikirim menerusi e-mel.



Encik Soh berkata, beliau telah meminta untuk disajikan laksa pada penerbangannya pulang ke Singapura yang mana beliau telah berkata ia satu perubahan ketara dan rasanya juga enak.



Memberi respons, seorang jurucakap SIA berkata syarikat itu telah melancarkan konsep makanan kelas ekonomi baru bagi penerbangan jarak pendek pada 1 Disember 2020.



Jurucakap itu berkata: "Hidangan itu datang dengan jamuan pertama dan sejenis pencuci mulut, dan menawarkan pelanggan kami lebih bayak pilihan makanan kegemaran Singapura dan antarabangsa dengan menggunakan pinggan mangkuk mesra alam.



"SIA tidak mengkompromi jumlah dan mutu makanan yang ditawar dalam konsep makanan baru ini. Kami telah menggantikan mangkuk casserole tradisional dengan sebuah kotak kertas yang boleh mengandungi jumlah makanan yang sama namun ia lebih dalam (deep).



"Dengan itu, tukang masak kami boleh memperkenalkan lebih banyak pilihan makanan dalam menu kami termasuk pelbagai pilihan makanan kegemaran Singapura seperti bubur, laksa dan hidangan berkuah seperti mi siam yang sebelum ini tidak ditawarkan bagi penerbangan kelas ekonomi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >