Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

SIA sah henti khidmat dua pesawat Boeing 787-10 disebabkan masalah enjin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIA sah henti khidmat dua pesawat Boeing 787-10 disebabkan masalah enjin

Apr 02, 2019 | 03:46 PM

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengesahkan hari ini bahawa ia telah menghentikan khidmat dua daripada sembilan pesawat Boeing 787-10 disebabkan masalah enjin.

Kesemua pesawat itu menggunakan enjin terkini Rolls-Royce Trent 1000 TEN, versi terbaru enjin Trent 1000 yang juga mempunyai masalah dengan kipas yang senang retak. 

Menurut sumber The Straits Times, pemeriksaan awal turut menunjukkan bahawa isu kipas retak yang sama dihadapi enjin TEN yang baru itu. 

Menurut SIA, keadaan kipas yang semakin teruk dikesan dalam salah satu pemeriksaan rutin terhadap enjin Rolls-Royce Trent 1000 TEN terhadap pesawat -pesawat B787-10.  

“Oleh kerana keselamatan merupakan keutamaan kami, SIA Group, dalam rundingan bersama Rolls-Royce, telah mengenal pasti enjin Trent 1000 TEN yang lain dalam kumpulan pesawat 787 itu untuk menjalani pemeriksaan,” menurut kenyataan yang diberikan. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3