Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA tambah tempat, hari bagi jamuan di Restaurant A380@Changi

Oct 12, 2020 | 10:46 PM



SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah mengumumkan yang ia akan membuka tempat tambahan dalam Restaurant A380@Changi pada dua hujung minggu untuk membolehkan lebih ramai orang makan tengah hari dan malam.


Tempat tambahan itu disediakan pada 24, 25 dan 31 Oktober serta 1 November, kata syarikat itu dalam satu catatan di Facebook pada Isnin (12 Okt) malam.


Ia juga telah membuka semula senarai menunggu bagi mereka yang terlepas peluang membuat tempahan.


Sebelum ini dilaporkan bahawa lebih 900 tempat yang disediakan bagi pengalaman menjamu selera Restaurant A380@Changi pada 24 dan 25 Oktober dijual dalam masa 30 minit setelah dibuka pada Isnin.


Pelanggan yang tidak dapat membuat tempahan selepas 12.30 pagi dijemput menyertai senarai menunggu, yang kemudian turut ditutup.


Pengalaman itu menawarkan jamuan makan dalam dua pesawat A-380 yang diletakkan di Lapangan Terbang Changi.


Harga bagi makan tengah hari selama tiga jam ialah $50 bagi jamuan dalam kabin ekonomi, $90 bagi kabin ekonomi premium, $300 kelas perniagaan dan $600 bagi Suites. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >