Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA tawar makanan penjaja di udara

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



APABILA pelancongan dibuka kembali kelak, penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) mungkin mendapati pilihan baru dalam menu hidangannya, termasuk beriani dam ayam dari Bismillah Biryani Restaurant.



Dengan kerjasama jenama penjaja Singapura, SIA akan menampilkan hidangan penjaja itu secara bergiliran dalam beberapa penerbangannya bermula September.



Selain beriani ayam itu, hidangan lain termasuk nasi ayam Boon Tong Kee, mi wantan Kok Kee atau mi udang Beach Road.



Hidangan itu bagaimanapun hanya disediakan bagi penumpang Kelas Pertama atau Kelas Perniagaan dalam penerbangan terpilih dari Singapura.



Terdapat rancangan untuk bekerjasama dengan jenama penjaja lain dalam bulan-bulan mendatang, kata SIA semalam.



Naib presiden kanan pengalaman pelanggan di SIA, Encik Yeoh Phee Teik berkata:



"Sebagai syarikat penerbangan nasional Singapura, kami bangga untuk bekerjasama dan menyokong beberapa jenama terkemuka untuk memaparkan yang terbaik di Singapura kepada pelanggan kami.



"Sedang pelancongan disambung semula secara bertahap, pelanggan kami dari seluruh dunia boleh menikmati pengalaman Singapura yang lebih unik apabila mereka menaiki Singapore Airlines."



Usaha itu meraikan pencapaian Singapura untuk menyenaraikan budaya penjaja ke senarai warisan Unesco Disember lalu, kata SIA.



Cef eksekutif dan timbalan ketua pegawai eksekutif Bismillah Food Industry, Syed Azan Salahuddin, berkata Bismillah Biryani, yang terletak di Dunlop Street, berharap untuk "menambat hati dan cita rasa semua penumpang" menerusi kerjasama itu.



"Sedang kami beralih dari pandemik ke endemik, ini merupakan satu inisiatif tepat pada masanya oleh Singapore Airlines untuk mempromosi makanan penjaja kepada dunia," katanya.



Selain makanan penjaja, syarikat itu juga bekerjasama dengan syarikat penerbitan dan pengagihan media setempat untuk menawarkan lebih banyak filem, dokumentari, siri televisyen dan muzik setempat dalam sistem hiburan dalam penerbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >