Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

SIA terbang ke Wellington lewat Canberra mulai Sep

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SIA terbang ke Wellington lewat Canberra mulai Sep

Jan 20, 2016 | 03:33 PM

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan terbang empat kali seminggu ke Wellington melalui Canberra mulai 20 September.

SIA akan menjadi syarikat penerbangan pertama menyediakan penerbangan antara Canberra di Australia dan Wellington, New Zealand.

"Perkhidmatan baru menghubungkan Singapura, Canberra dan Wellington mencerminkan hubungan erat antara tiga negara ini," kata Ketua Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong.

SIA akan menggunakan pesawat Boeing 777-200 yang dilengkapi dengan 38 kelas perniagaan dan 228 tempat duduk kelas ekonomi.

Penerbangan akan berlepas dari Singapura pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad pada 11 malam, dan tiba di Canberra pada hari berikutnya pada 8.35 pagi sebelum tiba mencapai Wellington pada 3.05 petang.

Penerbangan pulang akan berlepas dari Wellington pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada 8.15 malam, tiba di Canberra pada 10.05 malam. Masa transit kira-kira satu jam 25 min, dengan penerbangan tiba di Singapura pada 5.50 pagi.

SIA dan SilkAir kini terbang ke bandar Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, Sydney, Cairns dan Darwin di Australia, dan Auckland serta Christchurch di New Zealand.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3