Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Siang pelajar, malam bekerja untuk sara keluarga

Ibu bapa bercerai sejak kecil, datuk kini lumpuh
Dec 25, 2021 | 05:30 AM



SETIAP hari, Encik Muhammad Ezekeyle Ezra Olbrich Wilfred John Olbrich yang berbasikal ke sekolah, lengkap dengan beg menghantar makanan akan bertugas memenuhi tempahan dari 6 petang sampai 4 pagi selepas waktu sekolah.



Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat itu berbuat demikian bukan setakat ingin mendapatkan wang tambahan, tapi bersama abangnya, mereka menyara hidup sekeluarga termasuk datuknya yang lumpuh akibat diserang angin ahmar beberapa tahun lalu.



Mereka sekeluarga tinggal di flat sewa sebilik di Boon Lay.



Kini berusia 18 tahun, selain belajar beliau perlu mencari nafkah untuk membayar yuran sekolah, menampung bil api dan air, membeli barang dapur serta membiaya kos perubatan datuknya yang sakit itu.



Sebagai menghargai tanggunjawabnya yang seberat itu, Encik Ezekeyle dinobat sebagai antara lima calon Anugerah Pelajar Cemerlang 4PM (Persatuan Pemuda Pemudi Melayu) dan diiktiraf sebagai antara 45 penerima Anugerah Bestari 4PM atas kecemerlangannya dalam bidang Robotik dan Mekatronik.



Ketika diwawancara media baru-baru ini, Encik Ezekeyle menceritakan sejak kecil lagi beliau dan abangnya Encik Muhammad Myckyle Dio Olbrich, perlu menyara hidup mereka sendiri selepas ibu bapa mereka berpisah sebelum mereka jejak ke tajaka.



Encik Ezekeyle merupakan anak bongsu dalam keluarga dua beradik yang dibesarkan oleh datuk dan arwah neneknya selepas ibu bapanya berpisah.



Ibunya berbangsa Melayu dan bapanya pula berbangsa Serani, dan sejak mereka berpisah tidak lagi berhubungan.



Malah, kehidupan mereka bertambah mencabar apabila arwah neneknya - pencari nafkah keluarga itu - meninggal dunia sekitar tiga tahun lalu.



Peristiwa itu sekali gus menyerahkan tanggungjawab menyara hidup mereka dua beradik serta datuk mereka kepada beliau dan abangnya yang berusia 19 tahun.



Ia juga turut menjejas pelajaran Encik Ezekeyle - yang ketika itu di sekolah menengah dan merupakan pelajar bersemangat dalam aliran ekspress.



Akibatnya, beliau gagal dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'.



"Tiada sesiapa lain yang bantu kami," kata Encik Ezekeyle yang tidak berupaya menahan titisan air matanya semasa diwawancara.



"Kami terpaksa menyara hidup sendiri," tambahnya.



Encik Ezekeyle menceritakan, setiap hari, beliau akan pergi ke sekolah dengan berbasikal yang lengkap dengan beg penghantaran Foodpanda.



"Kemudian, saya akan 'start' kerja selepas sekolah dan kalau ada peluang, saya akan kerja dekat 'warehouse' sepanjang malam.



"Kadang saya ponteng sekolah sebab tak larat nak pergi sekolah, atau sebab ada kerja pada waktu tengah hari. Terpaksalah ponteng," katanya.



Encik Ezekeyle dan abangnya bertugas sebagai pekerja penghantaran yang meraih pendapatan sekitar $400 hingga $500 seminggu setiap seorang.



Pekerjaan di gudang pula menawarkan gaji kira-kira $70 bagi kerja sekitar lapan hingga 10 jam pada waktu malam.



Dengan pendapatan berjumlah sekitar $3,000 sebulan itu - namun tidak tetap - lebih daripada setengah digunakan untuk bayaran rumah dan kos perubatan datuknya dikongsi dua beradik itu.



Baki wang digunakan untuk barang dapur dan kos pendidikan serta perbelanjaan diri sendiri.



Menurut Encik Ezekeyle mereka tidak menerima sebarang bantuan selain sewa rumah yang dibiayai pihak agensi sosial dan beliau sebagai penerima Dermasiswa ITE.



"Sebab saya bawa basikal, pada waktu malam bila dah kurang 'order' saya perlu mengayuh untuk menempah tempahan jarak empat atau lima kilometer untuk mendapat hanya $6 sahaja," katanya.



"Tahun ini saya baru dapat lesen motor, jadi boleh gunakan motosikal sekaranglah," tambahnya semasa sesi wawancara menerusi Zoom dengan fikirannya masih ditumpukan kepada wang.



Encik Ezekeyle, selain menerima markah Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang sempurna pada 4.0 mata dua tahun lalu, dimasukkan dalam senarai pengarah dua kali pada tahun lalu dan sekali pada 2021.



Selain membantu teman-temannya di sekolah dalam pelajaran, Encik Ezekeyle pernah membantu menyelamatkan satu keluarga daripada sebuah flat yang terbakar pada 2018 dan menerima Anugerah Responder Pertama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Sebagai penerima Anugerah Bestari 4PM Encik Ezekeyle menerima sijil dan wang tunai berjumlah $300.



Encik Ezekeyle menceritakan disebabkan keadaan rumah yang kurang sesuai dan sempit, beliau mengulang kaji pelajarannya di Corporation Park bersama seorang teman.



Kini seorang pelatih (intern) di sebuah syarikat Robotik di Tuas, Encik Ezekeyle bertekad melanjutkan pelajarannya ke Politeknik dan kemudian meraih ijazah.



"Saya ingin menjadi seorang jurutera yang bertauliah, dan saya tidak akan berputus asa," katanya.



Mengulas tentang anugerah itu pula Encik Ezekeyle berkata, anugerah berkenaan tidak memberi sebarang definisi kepada dirinya namun mendorongnya untuk membantu pelajar lain yang mungkin mengalami cabaran sepertinya.



"Saya ingin menjadi relawan untuk memberi perangsang kepada pemuda yang mungkin akan menerima manfaat anugerah ini yang benar-benar akan membantu hidup mereka.



Saya sangat berterima kasih atas anugerah ini kerana ia mengurangkan sedikit beban kewangan keluarga saya," kata Encik Ezekeyle lagi.



Beliau menambah akan membantu pelajar seperti demikian agar mereka juga dapat mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang mereka lakukan.




CALON ANUGERAH CEMERLANG 4PM DAN PEMENANG ANUGERAH BESTARI 



"Tiada sesiapa lain yang bantu kami

Kami terpaksa menyara kehidupan sendiri.

... saya akan 'start' kerja selepas sekolah dan kalau ada peluang, saya akan kerja dekat 'warehouse' sepanjang malam.

Kadang saya ponteng sekolah sebab tak larat nak pergi sekolah, atau ponteng kerana ada kerja pada waktu tengah hari. Terpaksalah ponteng.''

- Encik Muhammad Ezekeyle.




SEKILAS ANUGERAH BESTARI



 • Ia merupakan anugerah tahunan yang diberikan kepada 45 pelajar Insitut Pendidikan Teknikal (ITE) Melayu/Islam yang paling cemerlang dan telah mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan kegiatan kokurikulum (CCA)



ANUGERAH BESTARI 4PM



 • CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) sekurang-kurangnya 3.5 mata atau lebih

 • Punya rekod sertai secara aktif dalam kegiatan kemasyarakatan



ANUGERAH KECEMERLANGAN CCA BESTARI 4PM



 • CGPA sekurang-kurangnya 2.5 mata atau lebih

 • Punya rekod dan penyertaan cemerlang dan berterusan dalam kegiatan kokurikulum (CCA)



ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 4PM



 • Harus penuhi kriteria Anugerah Bestari

 • Punya rekod penglibatan dalam kerja kemasyarakatan setempat dan luar negara

 • Anjur atau terajui projek bagi manfaat masyarakat

 • Miliki tingkah laku yang baik dan diusul sekurang-kurangnya dua pensyarah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >