Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Siapa sahaja boleh terpengaruh dengan pengganasan'

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



PENAHANAN pelampau remaja oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) yang diumumkan semalam menunjukkan bahawa pemahaman radikal merentasi agama dan bukan eksklusif kepada satu-satu agama sahaja.



Pemahaman ekstremis sedemikian ialah sesuatu yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan umur, bangsa, agama atau jantina.



Mengulas tentang berita penahanan remaja warga Singapura berusia 16 tahun yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu itu, penyelidik bidang pelampau agama Dr Mohamed Ali dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) berkata:



"Sesiapa sahaja boleh terpengaruh oleh fahaman salah dan orientasi yang ganas dan menyeleweng daripada agama.



"Ini menunjukkan kita bahawa radikalisasi boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja, ia satu fenomena yang tak kenal usia, bangsa atau agama."



Remaja berbangsa India dan beragama Kristian Protestan itu telah merancang membunuh jemaah di Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak di Singapura.



Dia merupakan individu pertama yang ditahan di sini setelah terpengaruh dan didorong ideologi pelampau sayap kanan.



Dalam kenyataannya, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) berkata tindakan remaja itu amat menyedihkan.



"Semua tindakan keganasan tanpa perikemanusiaan tidak dapat disembunyikan di sebalik agama atau kepercayaan apa pun, kerana setiap agama mengajar untuk menghormati yang lain dan memelihara nilai kemanusiaan," ujar kenyataan itu.



Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pula menggesa asatizah dan masyarakat Islam di sini tenang dan bersikap rasional, dan tidak melakukan sebarang perkara yang tidak bertanggungjawab.



"Pergas menggalakkan masyarakat Islam Singapura agar meneladani dan mencerminkan akhlak Rasulullah saw yang sering memilih kedamaian dan keharmonian walaupun Baginda saw ditindas.



"Rasulullah saw juga mengajar umatnya agar menolak keburukan dan penghinaan dengan kebaikan kerana kelembutan mampu melembutkan kekasaran," kata Pergas dalam kenyataannya.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) kaunselor RRG, Ustazah Kalthom Isa berkata masyarakat di sini sudah lama bersedia menghadapi persoalan yang menggugat perpaduan antara agama dan beliau yakin remaja Muslim di sini saling hormat-menghormati bangsa dan agama lain.



Sementara itu, Dr Mohamed Ali, yang juga naib pengerusi RRG berkata, kejadian tersebut adalah peringatan tentang pentingnya hubungan silang agama di sini.




"Kita dapati bahawa hubungan antara masyarakat dan kumpulan agama di Singapura adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan kerana kita tidak tahu apakah isu atau insiden yang boleh meretakkan hubungan silang agama ini. Ia juga petanda bahawa hubungan antara agama perlu dihargai dan ini memerlukan kesedaran daripada setiap lapisan masyarakat. Masyarakat harus bertenang dan tidak menuding jari terhadap satu agama atau bangsa, dan jangan api-apikan perkara tersebut."
- Dr Mohamed Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >