Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siar komen anti-Islam: Pelajar poly minta dokumen mahkamah diubah

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pelajar politeknik, yang didakwa menyiarkan kenyataan anti-Islam dan misoginis mengenai mangsa rogol di platform media sosial Instagram miliknya, telah meminta dokumen mahkamah diubah untuk menyatakan bahawa dia adalah warga China.



Dokumen terkini juga menyatakan Sun Sicong, 21 tahun, penduduk tetap (PR) Singapura.



Sebelum ini, dokumen mahkamah telah mengenal pasti dia sebagai warga Singapura, lapor The Straits Times.



Sun, pelajar Politeknik Temasek (TP), hadir di Mahkamah Daerah semalam tetapi kesnya telah ditangguhkan ke 8 Februari.



Dia didakwa dengan satu tuduhan menyakiti perasaan penganut Islam dengan memuat naik kenyataan dalam talian dengan niat sengaja mengguris perasaan agama lain dan memiliki filem lucah.



Antara 2018 dan 2019, dia didakwa memuat naik satu pos di Instagram yang mengandungi komen-komen terhadap Islam.



Pada 7 Jun 2020, Sun didakwa menimbulkan rasa cemas dengan memuat naik catatan ke Instagram yang mengandungi komen tentang perkongsian pengalaman seorang mangsa rogol sehingga mencetuskan rasa bimbang.



Butiran mengenai kenyataan dan perkongsian pengalaman semula itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, polis berkata pada Jun 2020, mereka telah menerima beberapa laporan mengenai seorang pengguna Instagram yang "membuat komen tidak sensitif dan ancaman yang boleh mencetus keganasan terhadap masyarakat Islam".



Pesalah yang didapati bersalah memuat naik kenyataan dalam talian dengan niat untuk melukai perasaan orang lain yang berunsur keagamaan boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >