Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan bebas ke atas silap pembersihan tanah di Kranji

Insiden dianggap serius, agensi boleh menjalankan tugas dengan lebih baik: Chun Sing
Feb 23, 2021 | 05:30 AM



SATU siasatan dalaman bebas - diketuai pihak yang tiada kaitan secara langsung dengan tapak pembangunan di Kranji - akan dilaksanakan untuk menentukan sama ada proses sewajarnya dipatuhi JTC Corporation dan Lembaga Taman Negara (NParks).



Siasatan tersebut akan berlangsung sekitar tiga bulan.



Ini setelah sebahagian kawasan hutan Kranji yang diperuntuk bagi projek Taman Inovasi Agro-Makanan ditebang, meski kajian dasar kepelbagaian bio bagi kawasan itu masih dijalankan pihak berkuasa.



Siasatan dalaman tersebut akan diketuai Encik Joseph Leong, Setiausaha Pertahanan Tetap bagi pembangunan pertahanan, dedah Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, semalam semasa taklimat media dalam talian yang diadakan bagi menjelaskan isu tersebut.



Antara lain, kumpulan tersebut ditugaskan mengenal pasti pengajaran yang boleh diperolehi mengenai proses di dalam agensi dan koordinasi antara agensi.



Encik Leong akan diberikan akses kepada pandangan daripada sektor awam, swasta dan orang ramai, kata Encik Chan yang juga Menteri yang menjaga Perkhidmatan Awam.



"Kami memandang serius kejadian ini. Cukup jelas bagi kami bahawa terdapat jurang dalam cara projek itu dikendali dan diawasi.



"Kami mesti melakukan lebih baik," tegas Encik Chan.



Beliau menambah bahawa JTC dan NParks juga akan melakukan tinjauan dan siasatan dalaman masing-masing.



Menurutnya lagi:



"JTC dan NParks akan melaksanakan siasatan masing-masing ke atas pembersihan tapak di Kranji.



"JTC sedang melakukan tinjauan dalaman untuk melihat sama ada proses sedia ada dipatuhi oleh pegawai awam dan kontraktor swasta yang terlibat, dan bagaimana mereka dapat mengawasi lebih baik pelbagai agensi dan kakitangan terlibat sedang mereka mengendalikan projek tersebut."



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang turut hadir di sesi media, berkata insiden di Kranji itu "amat membimbangkan" dan "sangat dikesali". Menambah, beliau berkata siasatan terperinci akan dijalankan dan hasilnya dikongsi dengan pihak awam.



Sementara itu, Encik Lee menggesa orang ramai tidak menyebar spekulasi sedang siasatan berlangsung.



"Projek pembangunan berskala besar seperti ini akan mempunyai kerumitannya yang tersendiri.



"Ramai pihak yang terlibat - kumpulan pengurusan projek, pegawai yang berkelayakan dan perunding.



"Terdapat juga banyak agensi teknikal yang terlibat dalam pelbagai aspek semasa proses perancangan dan perundingan.



"Kami akan melakukan siasatan menyeluruh dan hasil dapatannya akan dimaklumkan kepada orang ramai apabila ia siap nanti," ujar Encik Lee.



Beliau menambah bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.



Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan meneruskan usaha memperkukuh rangka kerja Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).



"Secara berasingan, kami juga sedang melihat bagaimana dapat menggunakan teknologi dalam sektor persekitaran binaan dan bagaimana teknologi sedemikian dapat digunapakai dalam pengurusan projek.



"Kami akan belajar daripada kejadian ini dan perbincangan yang terhasil daripadanya.



"Saya berharap semua orang termasuk mereka daripada masyarakat alam sekitar akan terus bekerjasama dan menyokong kami dalam usaha ini," tambah Encik Lee.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >