Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Siasatan: Belia telah buat rancangan teliti lancar serangan

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



BELIA berusia 20 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat rancangan teliti untuk menyerang sebuah sinagog atau rumah ibadah Yahudi di sini pada satu hari Sabtu selepas sesi ibadah beramai-ramai masyarakat itu.



Amirull Ali tahu pisau mana hendak digunakan, telah belajar cara menggunakan untuk membunuh dalam masa terpantas dan telah membuat replika pisau itu untuk melatih dirinya melakukan tikaman.



Dia juga telah pergi ke sinagog itu beberapa kali untuk melihat sendiri kawasan di sana bagi mengenal pasti lokasi terbaik baginya melakukan serangan tersebut.



Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataan semalam mendedahkan butiran-butiran tersebut tentang Amirull, bekas anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang ditahan bulan ini.



Amirull dikatakan merancang melakukan serangan tersebut di Sinagog Maghain Aboth di Waterloo Street menggunakan pisau Smith & Wesson yang dibeli pada 2016 bagi kegiatan pengakapnya.



Untuk mempersiapkan diri bagi serangan tersebut, dia telah memuat turun gambar sistem vaskular manusia daripada dalam talian dan mengenal pasti bahagian pertengahan badan sebagai tempat terbaik untuk menikam mangsa bagi menyebabkan kematian pantas akibat pendarahan yang banyak.



Dia kemudian membuat replika pisau itu untuk melatih gerakan menikam serta teknik cengkaman di rumah untuk mengelak daripada merosakkan pisau asal atau melukakan dirinya sendiri.



Amirull juga mengaku mengunjungi sinagog tersebut sekurang-kurangnya dua kali antara Ogos dengan Oktober 2019 untuk meninjau tempat sesuai melakukan serangan tersebut.



Menurut kenyataan ISD itu lagi, Amirull merancang membunuh tiga lelaki Yahudi.



"Dia menyasarkan orang lelaki kerana beranggapan bahawa mereka telah menjalani perkhidmatan negara di Israel dan dengan itu, telah melakukan kekejaman terhadap warga Palestin," jelas ISD dalam kenyataan yang sama.



Amirull juga dikatakan merancang menutup wajahnya dengan kefiyyeh putih (kain penutup kepala yang digunakan orang Timur Tengah) ketika melakukan serangan itu dan mahu pulang ke rumah dari tempat serangan untuk memuatnaik manifesto pendek dalam talian.



Tujuan manifesto itu ialah untuk menghasut semua orang yang tertindas untuk melakukan serangan terhadap rejim zalim menggunakan "apa jua cara diperlukan" termasuk pembunuhan.



Namun, pada Oktober 2019, Amirull teragak-agak melaksanakan rancangan serangannya itu kerana tidak yakin sama ada dia akan dianggap shahid seandainya dia tertangkap dan dihukum mati berikutan serangan tersebut.



Pada Disember 2020, dia memikirkan semula rancangannya kerana berasa marah setelah menonton video dalam talian yang menunjukkan seorang lelaki Palestin yang mempunyai autisme dibunuh oleh pihak berkuasa Israel kerana tidak berhenti di tempat pemeriksaan.



Pada ketika itu, Amirull merancang melakukan serangannya pada Hari Krismas pula.



Rancangan itu juga dibatalkan kerana dia masih ragu-ragu sama ada dia akan dianggap mati shahid.



Selain merancang melakukan serangan ke atas orang Yahudi di Singapura, Amirull juga mempunyai rancangan menyertai sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam (AQB) di Gaza, Palestin, untuk menentang Israel.



Dia telah melatih menggunakan senapang AK-47 dengan menggunakan replika senapang tersebut yang dibuatnya sendiri, dan merancang menyertai AQB setelah selesai menjalani NS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >