Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan CPIB: Tiada bukti pegawai Muis salah guna kuasa dalam proses iktiraf sijil halal asing

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) tidak menemui bukti yang menyokong dakwaan salah guna kuasa oleh pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berhubung proses pengiktirafan sijil halal asing.



Justeru, tiada tindakan lanjut akan diambil oleh CPIB setelah menyiasat isu berkenaan proses pengiktirafan Muis bagi Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) itu.



Demikian menurut Muis dalam satu kenyataan semalam untuk memberi perkembangan terbaru mengenai kes tersebut.



"CPIB telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan lanjut berkenaan tuduhan rasuah melibatkan pegawai Muis memandangkan tiada bukti secukupnya, berdasarkan maklumat yang diberikan pelbagai pihak dan siasatan mereka," kata Muis.



Muis juga menekankan ia memandang serius semua aduan dan tuduhan, dan memberi jaminan bahawa laporan tentang sembarang salah laku pegawainya akan disiasat sewajarnya.



"Kami menggesa orang awam supaya mengemukakan isu yang perlu diatasi secara langsung kepada Muis dan/atau pihak berkuasa dan tidak melakukannya menerusi pihak ketiga atau menyebarnya di sosial media.



"Spekulasi di media sosial malah mungkin menjejas proses siasatan dan mempunyai kesan buruk terhadap reputasi dan semangat pegawai tertuduh meskipun tuduhan itu kemudian mungkin didapati tidak berasas," kata Muis.



Isu pengiktirafan FHCB mula timbul selepas satu laporan diterbitkan pada 22 April tahun lalu oleh sebuah laman berita dalam talian yang berpangkalan di Hong Kong yang mendakwa Muis bersikap berat sebelah terhadap pihak tertentu dalam proses mengiktiraf FHCB.



Muis tidak menamakan laman tersebut tetapi Berita Harian (BH) difahamkan ia merujuk kepada laman Asia Sentinel.



FHCB ialah entiti berpangkalan di luar negara yang mengesahkan apakah produk makanan di negara itu memenuhi syarat diet Muslim.



Muis hanya mengiktiraf FHCB yang memenuhi piawaian yang ditetapkannya bagi memastikan syarikat makanan tempatan dan syarikat pengeluaran mempunyai akses kepada bekalan bahan halal boleh diyakini bagi penyediaan makanan mereka.



Ekoran dakwaan oleh laman itu, Muis membentuk sebuah pasukan siasatan dalaman yang diketuai Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad, bagi mengumpul bukti dan menilai kesahihan dakwaan tersebut.



Pada Disember lalu, Muis berkata ia telah selesai menjalankan siasatan dalamannya dan mendapati proses pengiktirafan FHCB dijalankan secara adil dan tidak berat sebelah.



Siasatannya menunjukkan semua pengiktirafan dan pembaharuan FHCB atau tindakan mengeluarkannya daripada senarai mengikuti protokol dalaman yang diluluskan, dan pegawai Muis yang dituduh itu tidak meluluskan atau mengeluarkan sebarang FHCB dari senarai mengikut budi bicaranya sendiri.



Muis juga berkata pada waktu itu ia telah merujuk perkara tersebut kepada CPIB untuk siasatan lanjut "demi kepentingan ketelusan dan kebertanggungjawaban".



SEMAKAN PROSES IKTIRAF SIJIL HALAL ASING



Semalam, Muis berkata semakan menyeluruh untuk memperkukuh rangka kerja pengiktirafan FHCB telah mencapai kemajuan baik.



Muis akan mendekati pelbagai pihak berkepentingan relevan untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai rangka kerja dipertingkat itu sebelum ia dilaksana menjelang hujung tahun ini.



Sebelum ini, Muis juga berkata dapatan dan saranan pasukan siasatan dalamannya telah disemak lebih lanjut oleh panel semakan bebas yang dipengerusikan Encik Abdul Hamid Abdullah, Anggota Majlis Muis dan pesara pengarah audit daripada Pejabat Ketua Audit Negara.



Dapatan IRP kemudian diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), yang telah pun selesai menyemak dapatan siasatan tersebut.



Memandangkan siasatan menunjukkan ada kemungkinan maklumat rasmi didedahkan secara umum, Muis telah membuat laporan polis untuk menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap sembarang pegawai yang didapati melanggarnya.




KESAN KEMUKA ISU KEPADA PIHAK KETIGA ATAU SOSIAL MEDIA



"Kami menggesa orang awam supaya menimbulkan isu yang perlu diatasi secara langsung kepada Muis dan/atau pihak berkuasa dan tidak melakukannya menerusi pihak ketiga atau menyebarnya di sosial media. Spekulasi di media sosial malah mungkin menjejas proses siasatan dan mempunyai kesan buruk terhadap reputasi dan semangat pegawai tertuduh meskipun tuduhan itu kemudian mungkin didapati tidak berasas."
- Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >