Sidang Asean: Keselamatan politik, hubungan ekonomi bidang kerjasama penting bagi AS dan Asean, kata PM Lee, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sidang Asean: Keselamatan politik, hubungan ekonomi bidang kerjasama penting bagi AS dan Asean, kata PM Lee

Nov 14, 2020 | 04:12 PM

Amerika Syarikat dan Asean harus mempertingkat dialog dan rundingan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan dan politik sambil memperdalam hubungan ekonomi menerusi usaha melindungi rantaian bekalan, mengekalkan perdagangan terbuka dan tanpa halangan serta memulakan semula perjalanan antarabangsa dengan selamat. 

Demikian dua bidang tumpuan yang digariskan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya di Sidang Asean-AS yang ke-lapan pada Sabtu (14 November) sebagai cara bagi Amerika untuk terus memperluas dan memperkukuh kehadirannya di rantau ini.

Encik Lee berkata, Amerika telah menjadi rakan Asean yang penting sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua dan mengucapkan terima kasih kepada negara itu atas sokongannya kepada rantau ini dalam menangani krisis Covid-19.

Sidang yang diadakan secara maya itu dihadiri Penasihat keselamatan nasional Amerika, Encik Robert O’brien, yang mewakili Presiden Donald Trump.

Dalam ucapannya juga, Encik Lee berkata Asean menghargai kehadiran Amerika di Asia bagi tujuan keselamatan rantau ini dan Singapura khususnya berterima kasih atas sokongan Amerika kepada visi Asean mengenai rantau Indo-Pasifik (Asean Outlook on the Indo-Pacific) iaitu rancangan kumpulan tersebut membangunkan rantau Indo-Pasifik. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map