Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sidang menteri antarabangsa dalam tangani Covid-19, inovasi digital

Jun 10, 2020 | 03:22 PM

MENTERI Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pengangkutan), Dr Janil Puthucheary menghadiri mesyuarat meja bundar maya yang dihoskan oleh Setiausaha Negara United Kingdom untuk Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Encik Matt Hancock, semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Kesihatan menyatakan, mesyuarat meja bundar itu adalah sebahagian daripada Sidang Puncak Kepimpinan Global (COGX) 2020 dan Festival AI serta Teknologi Baharu, yang diadakan antara 8 hingga 10 Jun ini. 

Sidang puncak itu menyaksikan perhimpunan pemimpin dari perusahaan, pemerintah dan akademik untuk menangani soalan "Bagaimana kita dapat menghadapi 10 tahun ke depan dengan betul?".

Pertemuan meja bundar itu tertumpu pada perkongsian respons digital nasional terhadap Covid-19, pengajaran dan idea untuk 10 tahun mendatang.

Antara yang hadir termasuk Menteri Kesihatan dan pegawai kanan kerajaan dari England, Estonia, Finland, Jepun, Kerajaan Arab Saudi, Ireland Utara, Norway, Republik Korea, Scotland, Singapura, Sweden dan Amerika Syarikat.

Para hadirin menekankan peranan teknologi dalam menangani pandemik dan menyesuaikan diri dengan normal baru. 

Perbincangan berpusat pada penggunaan alat digital dan penyelesaian untuk menyokong bidang-bidang utama seperti telekesihatan, menjejak kontak, pengurusan rekod kesihatan digital dan komunikasi awam, serta cabaran seperti perlindungan data dan privasi, dan keperluan untuk penyelesaian digital yang disesuaikan.

Encik Gan dan Dr Janil berkongsi bagaimana Singapura memanfaatkan teknologi yang menyokong usaha jejak kontak dan memastikan pematuhan mereka yang berada di bawah kuarantin untuk mencegah penularan penyakit selanjutnya. 

Encik Gan juga menekankan pentingnya memberi maklumat tepat dan pada masanya dan mengenai Covid-19 dan berkongsi bagaimana Singapura menggunakan wadah digital untuk berhubung dengan orang ramai.

Encik Gan mendorong para pemimpin kesihatan untuk terus memanfaatkan teknologi, menyokong pengembangannya dan menggalak pertukaran penyelesaian inovatif. 

Para hadirin menekankan keperluan untuk perpaduan dan kerjasama dan kepentingan belajar antara satu sama lain dalam perjuangan global menentang Covid-19.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3