Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Persidangan PAP: Lawrence Wong, Desmond Lee dilantik jadi anggota jawatankuasa tertinggi parti buat kali pertama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Persidangan PAP: Lawrence Wong, Desmond Lee dilantik jadi anggota jawatankuasa tertinggi parti buat kali pertama

pap
Nov 08, 2020 | 03:47 PM

MENTERI Pendidikan, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, telah dipilih menjadi anggota badan pembuat keputusan tertinggi Parti Tindakan Rakyat (PAP) – jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) – buat kali pertama.
Langkah itu mencerminkan pengakuan oleh kader parti itu mengenai peranan utama mereka di peringkat nasional.
Kededua mereka, yang dilihat sebagai anggota utama pasukan kepimpinan generasi keempat PAP, sebelum ini telah diko-opt menyertai CEC pada persidangan dwitahunan parti itu yang terakhir pada  2018.
Encik Wong telah mendapat pujian dalam menyelaras respons negara ini dalam menangani wabak Covid-19, sebagai pengerusi bersama pasukan bertindak  berbilang kementerian (MTF) berkaitan Covid-19.
Encik Lee  pula mempengerusikan satu pasukan bertindak berlainan untuk membantu ekonomi Singapura menjadi lebih kukuh selepas  krisis sekarang.
Lebih 3,000 kader parti mengundi pada Ahad (8 Nov) di persidangan dwitahunan PAP, dengan 12 calon teratas dipilih menjadi anggota CEC bagi   penggal selama dua tahun.
Anggota CEC  lain, tanpa mengikut urutan undi yang mereka terima, adalah Perdana Menteri Lee Hsien Loong; Timbalan  Perdana Menteri Heng Swee Keat; Encik Chan Chun Sing; Encik K. Shanmugam; Encik Ong Ye Kung; Encik Tan Chuan-Jin; Dr Vivian Balakrishnan; Cik Grace Fu; Encik Masagos Zulkifli; dan Encik Gan Kim Yong.
12 anggota CEC itu dipilih melalui undi rahsia daripada senarai 19 calon.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah – yang berada antara 12 pilihan teratas pada 2018 –  dan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo diko-opt menyertai CEC kerana mereka mendapat undi tertinggi yang ke-13 dan ke-14.
PAP tidak mendedahkan jumlah undi yang diterima setiap calon. – ST.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3