Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK AMERIKA SYARIKAT-KOREA UTARA

Eng Hen: Kejayaan laksana misi keselamatan tonjol siap siaga SAF

Jun 13, 2018 | 05:30 AM



KEJAYAAN melaksanakan misi keselamatan Sidang Puncak Amerika Syarikat-Korea Utara menunjukkan bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berupaya mempertahankan Singapura, walau dikerah bertindak dalam masa singkat, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.



"Bagi SAF, ini adalah misi bersama, yang memerlukan kawalan dan penguasaan aset udara, darat dan laut. Ia 'bukan olok-olok', kerana ancaman yang ada adalah benar - sesuatu yang tidak dipermudah kerana masa dan tempat sidang puncak ini disiarkan kepada dunia," ujar Dr Ng, menulis di Facebook semalam.



"Warga Singapura harus tahu bahawa tentera SAF dan aset lain dilengkap dengan peluru hidup dan bersedia menghapuskan sebarang ancaman luar," tambah beliau.



Daripada helikopter tentera yang berlegar di angkasa dan kapal ronda di perairan Sentosa, kepada ratusan pegawai polis yang melaksanakan pemeriksaan, pasukan keselamatan Singapura gigih bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan terjamin dan sidang puncak bersejarah berlangsung tanpa sebarang kegenjotan.



Semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) turut menerbitkan klip video singkat pengawasan Sentosa dari udara yang dirakam oleh pesawat tanpa pemandu (UAV) Heron 1 milik Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF).



Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) juga telah mempergiat rondaan di laut sepanjang Sidang Puncak ini.



Malah, tindakan keselamatan telah ditingkat dalam tempoh singkat sejak Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengumumkan minggu lalu bahawa Sidang Puncak Amerika-Korea Utara ini telah diisytihar sebagai Acara Khas Keselamatan Dipertingkat.



Dua kawasan - di Tanglin dan Sentosa - ditetapkan sebagai kawasan khas dan kenderaan dan individu yang memasuki kawasan ini boleh dikenakan pemeriksaan ketat.



Bercakap kepada media Singapura semasa melawat pusat media antarabangsa kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bahawa sidang puncak ini adalah operasi besar yang memerlukan tahap keselamatan yang tinggi.



Encik Lee turut mendedahkan bahawa perbelanjaan bagi keselamatan demi mengadakan sidang puncak itu - yang akan ditanggung Singapura - adalah sekitar separuh daripada kos menyeluruh yang dianggarkan, sekitar $20 juta.



"Ia adalah kos yang rela kami tanggung," kata Encik Lee, yang berkata sidang puncak ini adalah pertemuan profil tinggi dan Singapura, sebagai tuan rumah tidak mampu membenarkan sebarang kegenjotan berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >